FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Pastikan Akta, Peraturan Dipatuhi


 


 February 17th, 2023  |  10:14 AM  |   149 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) dan Tabung Amanah Pekerja (TAP) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Kementerian Hal Ehwal Ugama baru-baru ini mengendalikan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu ke atas premis perniagaan yang menyajikan makanan pada Sabtu, 11 Februari 2023.

 

Operasi berkenaan bertujuan menguatkuasakan beberapa akta dan peraturan seperti Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, iaitu memastikan sebarang penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan hendaklah sah, tepat dan berdaftar dengan Unit SDT; Bab 23 Akta Amanah Pekerja (Penggal 167) dan Bab 26 Perintah Amanah Pencen Caruman Tambahan 2009, iaitu gagal membayar dan gagal memenuhi sebarang peraturan atau aturan yang dibuat di bawah undang-undang tersebut; dan Bab 4 (1) dan Bab 10 (1) (a), Perintah Sijil Halal dan Label Halal (Pindaan) 2017, kewajiban memohon Sijil Halal atau Permit Halal Majlis Ugama Islam Brunei.

 

Hasil daripada operasi berkenaan, Unit SDT mendapati sebanyak 18 unit alat sukat dan timbang digunakan bagi tujuan perdagangan.

 

Tujuh unit daripadanya didapati melanggar Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, Peraturan-peraturan (Penelitian) Alat-alat Sukatan dan Timbangan, 1994, iaitu menggunakan alat sukat dan timbang yang tidak berdaftar.

 

Pihak syarikat dikeluarkan Notis Penyitaan dan dikehendaki hadir ke pejabat Unit SDT dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja daripada tarikh notis dikeluarkan untuk memperbetulkan isu berkenaan. Kesemua alat berkenaan turut disita.

 

Pada masa yang sama, TAP turut mendapati seramai 11 orang pekerja tempatan belum berdaftar dan pihak syarikat dikehendaki hadir ke pejabat TAP dengan segera.

 

Manakala, BKMH mengeluarkan dua notis ke atas dua buah premis perniagaan kerana didapati belum membuat permohonan sijil halal.

 

Pihak syarikat juga dikehendaki menghadapkan permohonan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh notis dikeluarkan.

 

Dalam usaha memastikan kesejahteraan ahli TAP sentiasa terpelihara, TAP ingin mengingatkan kepada para majikan untuk sentiasa memastikan pembayaran caruman TAP dan SCP pekerja mereka dibuat sebelum 15 pada bulan berikutnya menurut Akta TAP bagi mengelakkan caj lewat pembayaran.

 

Sehubungan itu, Unit SDT menegaskan kepada para pemilik alat sukat dan timbang untuk mendaftarkan alat-alat berkenaan sebelum diguna pakai dalam apa juga aktiviti yang melibatkan perdagangan.

 

BKMH turut menyeru kepada para pengusaha makanan di negara ini yang belum mempunyai sijil halal atau permit halal untuk menghadapkan permohonan mereka dengan segera.

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi agensi-agensi berkenaan, iaitu Unit Sukatan dan Timbangan melalui e-mel: '[email protected]' atau talian +673 2334092; TAP melalui e-mel: '[email protected]'; dan Bahagian Kawalan Makanan Halal melalui talian: +673 7174405.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15