FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hari Terbuka UNISSA : Peluang Pelajar Terokai Program


 


 February 17th, 2023  |  10:18 AM  |   179 views

GADONG

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) hari ini mengadakan Hari Terbuka UNISSA yang berlangsung di Kampus Gadong dan Kampus Sinaut, UNISSA.

 

Tinjauan Pelita Brunei ke Kampus Gadong, UNISSA, di sini, menyaksikan orang ramai mula datang ke dewan kampus berkenaan seawal jam 9.00 pagi.

 

Semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei, Pemangku Timbalan Pendaftar Akademik, Dayang Sitihajarwati binti Haji Bolhassan menjelaskan Hari Terbuka UNISSA berkenaan dibukakan kepada orang ramai khususnya bagi lepasan pelajar Brunei GCE 'A' Level, Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB), National Diploma atau kelulusan sebanding dengannya.

 

“Hari Terbuka berkenaan diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada bakal pelajar untuk menerokai pelbagai program akademik yang ditawarkan oleh UNISSA melalui konsultasi bersama fakulti dan pusat-pusat di UNISSA secara fizikal.

 

“Ia juga merupakan salah satu platform kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program lepasan ijazah untuk bersemuka dan berbicara dengan para akademik yang ada di UNISSA mengenai peluang penyelidikan dalam pelbagai topik," terangnya.

 

Beliau seterusnya menjelaskan di antara program yang baharu dibukakan ialah program-program daripada Fakulti Teknologi Islam dan Fakulti Pertanian.

 

Sementara itu, menurut Penolong Profesor Kanan, Dekan Fakulti Teknologi Islam, Dayang Hajah Tiawa binti Awang Haji Hamid berkata semenjak Fakulti Teknologi Islam mula ditubuhkan pada tahun 2020, sebanyak tiga program diperkenalkan dan ketiga-tiganya mendapat penyertaan yang sangat ramai.

 

Program berkenaan ialah Sarjana Muda Teknologi Media dan Komunikasi Islam, Sarjana Teknologi Media dan Komunikasi Islam (menerusi Penyelidikan) dan Doktor Falsafah Teknologi Media dan Komunikasi Islam (menerusi Penyelidikan).

 

Beliau kemudiannya berharap agar para mahasiswa / mahasiswi yang sudah tamat daripada pengajian fakulti berkenaan akan mendapat tawaran pekerjaan dengan lebih banyak memandangkan mereka ini dilengkapi dengan ilmu ICT dan teknologi yang menurut beliau adalah sangat berguna di luar sana.

 

Manakala, Pensyarah Fakulti Pertanian, Dr. Syahirah binti Haji Shahlehi menjelaskan di antara program yang dibukakan oleh Fakulti Pertanian ialah Sarjana Muda Sains Pertanian (Agribisnis), Sarjana Muda Sains Pertanian (Agroteknologi) dan Doktor Falsafah dan Sarjana Pertanian (Agribisnis) dan Sains Pertanian.

 

Beliau seterusnya menjelaskan di antara prospek pekerjaan bagi para graduan nanti ialah pakar 'policy' pertanian, pakar ekonomi pertanian, pakar analisis pasaran pertanian, konsultan agribisnis, pakar sains tanah, pakar sains agronomi, pakar sains akuakultur, pakar pembangunan produk, pakar sains pertanian, pengeluar pertanian / 'usahawantani', saintis agronomi dan tanah, saintis baka tanaman / binatang, pegawai penyelidik, pengurus peladang, peniaga komoditi pertanian eksport / import, pengurus operasi pertanian / ladang pengurus pembangunan perniagaan dan pegawai eksekutif bagi sektor swasta (khususnya dalam bidang pengeluaran pertanian, pemprosesan, logistik dan pemasaran).

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari laman rasmi UNISSA menerusi alamat 'www.unissa.edu.bn' atau berhubung terus ke talian +673 7376997.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55