FacebookInstagramTwitterContact

 

Lopez Double Move Barca Closer To Top Two Finish With Win Over Almeria           >>           Chelsea To Land £5m Bonus From Hazard's Madrid Move – Source           >>           Robin Van Persie Lands First Head Coach Role With Heerenveen           >>           Sergio Agüero Record Broken By 14-Year-Old In Argentina           >>           China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market           >>           Severn Trent Boss Defends Multi-Million Pay Packet           >>           Sir Paul Mccartney First UK Billionaire Musician           >>           Reddit Shares Jump After Openai Chatgpt Deal           >>           Is China's Bubble Tea Bubble About To Burst?           >>           Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Cubaan Menyeludup Barang Tegahan Dipatahkan


 


 February 17th, 2023  |  10:23 AM  |   148 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melalui Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang bersama Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja (ABDB) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah menjalankan satu gerakan Operasi Sepadu di kawasan Teluk Brunei tertumpu di kawasan Ujung Sapuh, Pulau Muara Besar dan Serasa, baru-baru ini.

 

Hasil gerakan operasi yang dijalankan di kawasan perairan Pulau Pepatan, JKED telah berjaya menahan dua lelaki warganegara tempatan yang berumur 29 dan 55 tahun atas kesalahan cuba menyeludup dan memiliki barang tegahan Kastam.

 

Antara barang tegahan tersebut ialah 2,784 tin minuman keras pelbagai jenis; 696 botol minuman keras pelbagai jenis; 100 katon rokok pelbagai jenis; wang tunai yang berjumlah BND162 dan RM41; sebuah perahu yang berukuran 27 kaki panjang berserta enjin dan sebiji telefon bimbit yang dipercayai untuk menjalankan aktiviti penyeludupan

 

Kesemua barang terbabit telah dirampas dan individu-individu terlibat dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Undang-Undang untuk siasatan lanjut.

 

Sehubungan itu, JKED ingin menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara ini dan menghindari daripada melakukan kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan kastam. Memiliki barang-barang tegahan kastam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006.

 

Seterusnya, JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKED.

 

Orang ramai dialu-alukan untuk mengongsikan maklumat berkaitan apa jua kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan kastam atau apa jua aktiviti yang menyalahi perundangan Kastam dengan menghubungi JKED menerusi talian utama JKED, +673 8714422 / +673 8721422 atau pejabat kastam yang berdekatan. Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55