Home > Bahasa Melayu
Menghayati Keagungan Peristiwa Israk, Mikraj
February 17th, 2023 | 10:25 AM | 184 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Ke arah menanamkan rasa cinta kepada junjungan besar kita Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam kalangan para pelajar, Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) menganjurkan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj berlangsung di dewan sekolah berkenaan.
Antara pengisian majlis ialah penyampaian ceramah mengenai peristiwa Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Guru Ugama Terlatih dari Sekolah Ugama Dato Ratna Haji Mohd. Jaafar, Kiarong, Awang Alinoor bin Haji Mohamad Nudin.
Dalam ceramahnya, beliau antara lain mengongsikan mengenai peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang perlu dihayati dan dijadikan iktibar di mana ia merupakan mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Pada peristiwa itu juga jelasnya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menerima perintah Allah Subhanahu Wata'ala untuk mengerjakan sembahyang lima waktu sehari semalam.
Perintah itu diturunkan secara langsung oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada Baginda tanpa adanya perantaraan Malaikat Jibril seperti sebelum daripada ini.
Majlis dihadiri oleh Pengetua Sekolah, Dayang Hajah Mariam binti Haji Ladi, para pelajar Tahun 4, 5 dan 6 serta tenaga-tenaga pengajar.
Majlis bertujuan untuk menyemarakkan lagi Sambutan Israk dan Mikraj serta bagi menghayati keagungan daripada peristiwa Israk dan Mikraj.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]