FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kibar Bendera Simbol Patriotik Terhadap Negara


 


 February 17th, 2023  |  10:30 AM  |   172 views

KUALA BELAIT

 

Upacara Menaikkan Bendera Negara sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-39, Tahun 2023, bagi Daerah Belait diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan, Jalan Sungai, Kuala Belait, di sini.

 

Hadir menyaksikan upacara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

 

Majlis dimulakan dengan kehadiran pembawa bendera negara iaitu Penolong Pegawai Daerah Belait, Mohammad Yassin bin Haji Ahmed, disambut oleh penuntut yang memegang bendera terdiri dari Kadet Tentera dan Kadet Polis dari Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Maktab Anthony Abell.

 

Sebaik sahaja rombongan tiba, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Pandan, Awang Abdul Qayyum bin Haji Aminuddin, bagi memohon kepada Allah Subhanahu Wata'ala agar Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke-39 mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya.

 

Pemangku Pegawai Daerah Belait seterusnya menyerahkan bendera kepada Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Kuala Belait untuk dinaikkan.

 

Upacara Menaikkan Bendera Negara diiringi dengan Lagu 'Allah Peliharakan Sultan' dan seterusnya diikuti dengan persembahan Lagu 'Bendera Negara' dari Kumpulan Koir, Pusat Tingkatan Enam Belait.

 

Majlis diteruskan dengan penyerahan Bendera-bendera NBD kepada penghulu dan Pemangku-pemangku Penghulu Mukim di Daerah Belait serta wakil dari persatuan-persatuan oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait.

 

Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk negara ini secara individu dalam sama-sama meraikan Sambutan Hari Kebangsaan NBD ialah mengibarkan Bendera Kebangsaan NBD di halaman rumah masing-masing, iaitu sebagai simbol patriotik kepada negara dan taat setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menurunkannya mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

Turut hadir, Ketua-Ketua Jabatan dan Cawangan Daerah Belait, Penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, pihak-pihak swasta serta ahli-ahli persatuan. Upacara menurunkan bendera akan diadakan pada 25 Februari 2023.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55