FacebookInstagramTwitterContact

 

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search           >>           China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival           >>           Backlash As Morrisons Trials Sale Of New Zealand Lamb           >>           Reality TV Stars Charged Over Investment Plugs           >>           Mortgage Rates Cut But Borrowing Pressures Remain           >>           Northern Rock Group Seeks 'Stolen' Shares Redress           >>           Build Brunei Talk Series 2024           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Customs Case           >>           The National Youth Day Award           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menaikkan, Pengagihan Bendera Di Daerah Brunei Dan Muara


 


 February 17th, 2023  |  12:05 PM  |   100 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bagi menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-39, Tahun 2023, Upacara Menaikkan Bendera dan Pengagihan Bendera diadakan di keempat-empat daerah secara serentak hari ini.

 

Di Daerah Brunei dan Muara (DBM), Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera NBD diadakan di Jabatan DBM, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pegawai DBM, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti tetamu kehormat menyerahkan bendera negara kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) untuk dinaikkan dengan diiringi Lagu Kebangsaan NBD.

 

Pada majlis tersebut, tetamu kehormat turut menyempurnakan pengagihan bendera-bendera dan sijil penghargaan kepada para penghulu-penghulu kampung, persatuan-persatuan NBD, pihak-pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

 

NBD akan menyambut Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-39 dengan acara kemuncak akan berlangsung pada 23 Februari 2023 di mana tema sambutan pada tahun ini ialah 'Menjayakan Wawasan Negara'.

 

Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung DBM, wakil Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Universiti Teknologi Brunei, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Jabatan Radio dan Televisyen Brunei, Jabatan Penerangan dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

 

Juga hadir, Dewan Perniagaan Melayu Brunei, Dewan Perniagaan Tiong Hwa, Dewan Perniagaan India, Persatuan-persatuan NBD, Pegawai Eksekutif Datastream Digital DST, Pegawai Perhubungan Progresif Cellular Sdn. Bhd., Imagine Sdn. Bhd., Persatuan Bank-Bank, Royal Brunei, Persekutuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan DBM.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15