FacebookInstagramTwitterContact

 

U-16 Youth League           >>           Runaway Employee           >>           Blood Donation Campaign           >>           Roti Canai, Capati & Nan Basic Skills Course           >>           Al-Qur'an Verses Memorisation Competition           >>           Japanese Film Festival Online           >>           Active Weather Conditions until 19th June           >>           Arrival of Haj Pilgrims           >>           Haj Pilgrims Tent           >>           Haj Pilgrims performing Wuquf           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


25 Peserta Mara Ke Peringkat Akhir


 


 February 17th, 2023  |  12:11 PM  |   85 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 25 orang dari 60 orang peserta yang bertanding pada Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula 14 hingga 16 Februari 2023, berjaya mara ke peringkat akhir dan seterusnya akan bertanding pada Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah.

 

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim Musabaqah, Awang Mohammad Hashim bin Haji Abdullah pada Majlis Pengumuman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah, hari ini, bertempat di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan cenderamata kepada para peserta Musabaqah dan Hakim-hakim Musabaqah ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

 

Pengarah Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, KHEU, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444H dalam ucapannya antara lain menjelaskan, pada tahun ini seramai 255 orang calon peserta telah mendaftar untuk mengikuti musabaqah tersebut, yang mana mereka telah melalui peringkat pemilihan atau saringan yang diadakan selama lima hari berturut-turut iaitu pada 16, 17, 18, 19 dan 21 Januari 2023 lalu.

 

Hasil pada peringkat pemilihan yang lalu tambahnya, seramai 60 orang peserta berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Kebangsaan, dengan menampilkan 12 orang peserta pada setiap kategori iaitu 12 orang bagi Kategori 'A', 12 orang bagi Kategori 'B', 12 orang peserta bagi Kategori 'C' 12 orang Kategori 'D' dan 12 orang bagi Kategori 'E'.

 

Terdahulu pada sebelah pagi, Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1444H bagi Kategori 'A' diadakan, di mana seramai 12 orang peserta memperdengarkan hafazan mereka.

 

Antara objektif Musabaqah itu diadakan adalah untuk menggalakkan umat Islam di negara ini agar berjinak-jinak mencintai Al-Quran melalui hafazan dan menjadikannya sebagai amalan harian.

 

Ia juga bertujuan untuk menambahkan lagi para huffaz di negara ini, di samping mendapatkan pahala dan ganjaran dari Allah Subhanahu Wata'ala dan mendorong serta membantu para peserta dan orang ramai untuk memahami maksud yang terkandung dalam Al-Quran antaranya, fakta-fakta surah, nasihat, pengajaran dan hukum-hukum tajwid.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

What Happened To The Women Who Took On The Taliban?

 2024-06-16 02:13:34

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27