FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of Solar PV Project           >>           Special Talk           >>           Hari Raya Aidiladha Celebration           >>           Afternoon Rain           >>           Khatam Al-Quran Ceremony           >>           Stoning of the Devil           >>           Launching Of Brunei Affiliate of the Society of Women Engineers           >>           Book Launching Ceremony           >>           Presentation of Appointment Letters           >>           Various Distribution of Sacrificial Meats           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Semai Semangat Patriotik Dalam Kalangan Warga UNISSA


 


 February 17th, 2023  |  12:14 PM  |   99 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) hari ini turut sama-sama menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) Ke-39, Tahun 2023 dengan Upacara Menaikkan Bendera Negara yang diadakan di Kawasan Letak Kereta Zon 'A', UNISSA, di sini.

 

Hadir bagi sama-sama menjayakan majlis tersebut, Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal yang juga hadir selaku tetamu kehormat majlis.

 

Upacara Menaikkan Bendera Negara tersebut didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan perbarisan lalu terdiri daripada Pasukan Berunifom UNISSA; Kadet Tentera, Pasukan Kadet Polis, Pasukan Kadet Bomba, Persekutuan Pengakap Kelana 1102 dan Pasukan Bulan Sabit Merah.

 

Sebelum Upacara Menaikkan Bendera, Rektor UNISSA memeriksa barisan Pasukan Berunifom UNISSA dan seterusnya menyerahkan bendera kebangsaan kepada Kadet Tentera 91378 Sarjan Kadet Tentera Muhammad Ridhwan Shabri bin Suhaini selaku Ketua Pasukan Perbarisan.

 

Seterusnya Upacara Menaikkan Bendera diiringi dengan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' oleh warga UNISSA dan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh 91408 Soldadu Kadet Tentera, Muhammad Hassanuddin bin Sahirol.

 

Antara tujuan upacara ini diadakan adalah untuk menanamkan semangat patriotik khususnya dalam kalangan warga UNISSA agar dapat memupuk rasa cinta kepada tanah air dan menjiwai kesedaran bernegara dalam memikul tanggungjawab untuk memajukan NBD khususnya sebagai sebuah institusi pendidikan Islam tulen demi menyahut tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu 'Menjayakan Wawasan Negara'.

 

Turut hadir, penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, pegawai-pegawai, kakitangan dan mahasiswa serta mahasiswi UNISSA.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Japanese State Visit Will Skip Downing Street

 2024-06-19 00:24:01

Boeing Boss Admits Culture 'Far From Perfect'

 2024-06-19 01:09:29