FacebookInstagramTwitterContact

 

U-16 Youth League           >>           Runaway Employee           >>           Blood Donation Campaign           >>           Roti Canai, Capati & Nan Basic Skills Course           >>           Al-Qur'an Verses Memorisation Competition           >>           Japanese Film Festival Online           >>           Active Weather Conditions until 19th June           >>           Arrival of Haj Pilgrims           >>           Haj Pilgrims Tent           >>           Haj Pilgrims performing Wuquf           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Semangat Patriotisme Warga UBD


 


 February 17th, 2023  |  12:20 PM  |   135 views

TUNGKU LINK

 

Universiti Brunei Darussalam (UBD) petang tadi mengadakan Majlis Menaikkan Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD Ke-39 bagi tahun 2023.

 

Majlis berkenaan diadakan di hadapan Bangunan Dewan Canselor, UBD, di sini, dan dihadiri oleh Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle selaku tetamu kehormat majlis.

 

Juga hadir, warga UBD terdiri daripada para pegawai utama, kakitangan dan mahasiswa-mahasiswi UBD.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat, diikuti dengan penyerahan bendera NBD oleh tetamu kehormat majlis kepada ahli-ahli Platun Kadet Tentera UBD bagi acara menaikkan bendera dengan diiringi nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan nyanyian lagu patriotik 'Berkibarlah Bendera' diketuai oleh Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UBD dan Kelab Koir serta warga UBD.

 

Semasa majlis berkenaan, tetamu kehormat majlis turut menyempurnakan pengagihan bendera kecil meja kepada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021 hingga 2022 dan badan-badan pelajar UBD.

 

Acara tahunan berkenaan diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UBD, dengan tujuan untuk menanamkan rasa kecintaan terhadap tanah air, iaitu NBD dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga UBD.

 

Selain itu, ia juga bertujuan bagi mendukung hasrat murni dan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan NBD bagi pembangunan dan kesejahteraan negara, sebagaimana yang dipegang di dalam Wawasan Brunei 2035, dan selaras dengan tema Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Kebangsaan NBD pada tahun ini, iaitu 'Menjayakan Wawasan Negara'.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

What Happened To The Women Who Took On The Taliban?

 2024-06-16 02:13:34

Boeing Plane Investigated After 'Dutch Roll'

 2024-06-16 00:18:27