Home > Bahasa Melayu
Doa Kesyukuran, Membaca Surah Yaa Siin Sempena Puja Usia DPMM
February 17th, 2023 | 12:32 PM |
175 views
TUNGKU LINK
Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Membaca Surah Yaa Siin sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro Canselor UBD, Pro Canselor UNISSA dan Pro Canselor UTB, yang ke-49 tahun.
Majlis berlangsung di Masjid UBD, di sini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh.
Juga hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan; Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle; Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal; dan Naib Canselor UTB, Profesor Datin Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan; Pengarah/Ketua Bahagian Jabatan-jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan; serta Ahli-ahli Eksekutif Universiti, para tenaga akademik, pegawai, kakitangan, serta mahasiswa dan mahasiswi UBD, UNISSA dan UTB.
Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah pada majlis berkenaan diimamkan oleh Imam Masjid UBD, Mohammad Amirul Rahmad bin Haji Mohammad, yang juga mengetuai bacaan Surah Yaa Siin.
Manakala, bacaan Doa Kesyukuran pula diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dan Ketua Imam Masjid UBD, Mohamad bin Haji Bagol.
Majlis Doa Kesyukuran dan membaca Surah Yaa Siin berkenaan merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh ketiga-tiga universiti berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]