FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of Solar PV Project           >>           Special Talk           >>           Hari Raya Aidiladha Celebration           >>           Afternoon Rain           >>           Khatam Al-Quran Ceremony           >>           Stoning of the Devil           >>           Launching Of Brunei Affiliate of the Society of Women Engineers           >>           Book Launching Ceremony           >>           Presentation of Appointment Letters           >>           Various Distribution of Sacrificial Meats           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkongsi Idea Dalam Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan


 


 February 17th, 2023  |  12:33 PM  |   166 views

JERUDONG

 

Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan Sesi Muzakarah bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) di Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC).

 

Seramai 15 orang Ahli MMN menghadiri sesi muzakarah berkenaan yang diketuai oleh Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.

 

Sebelum sesi muzakarah dimulakan, Ahli-ahli MMN dibawa melawat ke perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di PJSC, iaitu Radiotheraphy; Early Detection and Cancer Prevention Services (EDCPs); Day Care Unit (DCU); dan Rehab Department.

 

Sesi muzakarah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Awang Haji Ishkandar bin Haji Buntar, disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, selaku Pengerusi Majlis Muzakarah.

 

Sejurus itu, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman menyampaikan ucapan balas pada majlis berkenaan.

 

Majlis muzakarah diteruskan lagi dengan sesi taklimat mengenai gambaran keseluruhan Kementerian Kesihatan, disampaikan oleh Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Dr. Ang Swee Hui.

 

Permuzakarahan diteruskan dengan sesi dialog di antara Ahli-ahli MMN dan pihak Kementerian Kesihatan.

 

Dialog yang diadakan dalam suasana silaturahim, muhibah dan secara terbuka berkenaan adalah bagi berkongsi idea, maklumat, isu, pandangan dan cadangan yang sudah setentunya akan memberi manfaat kepada Kementerian Kesihatan dalam usahanya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan demi kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.

 

Turut hadir, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Anie Haryani binti Haji Abd. Rahman; Pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan, Pengiran Doktor Haji Khalifah bin Pengiran Haji Ismail; ketua-ketua jabatan serta para pegawai kanan, dan para pegawai dari Kementerian Kesihatan.​

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Japanese State Visit Will Skip Downing Street

 2024-06-19 00:24:01

Boeing Boss Admits Culture 'Far From Perfect'

 2024-06-19 01:09:29