FacebookInstagramTwitterContact

 

Royal Brunei Police Shooting Exercise           >>           Population estimates recorded a 1.1% Growth Rate for 2023           >>           Islam is a Religion of Peace           >>           Visit to Intending Haj Pilgrims' Accommodation           >>           Talk on Raudah           >>           Visit Activity           >>           Excellent Prize Presentation           >>           Conversion Ceremony           >>           Ocean Week Brunei Launching Ceremony           >>           60% of Lung Cancer Cases in the Country Caused by Smoking           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Isu Pengurusan Perlu Ditangani Dengan Baik


 


 February 17th, 2023  |  12:42 PM  |   469 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Apabila infrastruktur rangkaian syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini diambil alih oleh Unified National Networks Sendirian Berhad (UNN) maka berlaku kekeliruan bukan sahaja dalam kalangan kakitangan syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat malah juga dalam kalangan orang ramai.

 

Telah timbul banyak persoalan antaranya apakah kebaikan atau manfaat penyatuan ini dibuat, di samping terdapat juga harapan bahawa inisiatif ini akan membawa perubahan positif khasnya kepada harga perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah menggariskan mengenai perkara berkenaan semasa berkenan berangkat mengadakan  Keberangkatan Tidak Berjadual  ke UNN, Sumbiling Telephone-House Jalan Istana Darussalam, di ibu negara pagi tadi.

 

UNN titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah sebuah organisasi 100 peratus milik Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di bawah Darussalam Asset Sendirian Berhad (DA Sdn. Bhd.) ditubuhkan pada 4 Disember 2018 dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi digital di negara ini.

 

Pada 1 September 2019 titah Kebawah DYMM, UNN mengambil alih semua infrastruktur telekomunikasi dan rangkaian di negara ini berserta aset-aset daripada tiga buah syarikat telekomunikasi tempatan, iaitu Telekom Brunei Sdn. Bhd. (TelBru); Data Stream Technology Communication Sdn. Bhd. (DST); dan Progresif Cellular Sdn. Bhd. (PCSB).

 

Dalam titah, baginda turut membangkitkan mengenai isu pengurusan yang  mana memang daripada peringkat awal penubuhan lagi, isu pengurusan adalah paling dibangkitkan oleh kakitangan syarikat-syarikat telekomunikasi yang terlibat, yang mana terdapat kerisauan mengenai nasib kakitangan, iaitu dengan adanya inisiatif berkenaan akan menjanjikan lebih 500 orang pekerja warga tempatan akan kehilangan pekerjaan.

 

“Kerana pihak UNN akan lebih memilih para pekerja yang diperlukan sahaja, sementara para pekerja yang kurang diperlukan akan dimasukkan ke dalam satu skim khas yang lain. Dengan tujuan para pekerja itu nanti akan berhenti secara sukarela untuk mencari pekerjaan di tempat-tempat lain.

 

“Apabila ia berlaku maka jawatan-jawatan yang dikosongkan kelak akan ditawarkan kepada para pekerja asing yang dianggap lebih berkemahiran, inilah antara isu yang tidak mudah berakhir," titah baginda lagi.

 

Kebawah DYMM juga turut mempersoalkan mengenai isu di peringkat pengurusan yang mana  selain isu kerisauan hilang pekerjaan, para pekerja tempatan juga heboh mempersoalkan jawatan-jawatan di peringkat Pengurusan Eksekutif UNN yang hampir-hampir dimonopoli oleh warga asing.

 

Lima daripada tujuh jawatan tertinggi dipegang oleh warga asing tegas baginda, ini membawa pelbagai tuduhan dan kesalan dalam kalangan pekerja tempatan terhadap pihak DA Sdn. Bhd., dan malah mengandaikan bahawa pegawai yang bertanggungjawab di dalam kerajaan adalah lebih gemar mengambil warga asing dengan memberikan gaji lebih tinggi kepada yang diterima oleh warga tempatan sekalipun jawatan yang disandang adalah sama.

 

“Beta dalam perkara ini tidak akan segera menyebelahi mana-mana pihak tetapi lebih cenderung untuk mengetahui hakikat tanpa dibayangi oleh sebarang usaha atau niat menyembunyikan kebenaran," titah Kebawah DYMM.

 

Kebawah DYMM juga turut bertitah mengetengahkan mengenai prestasi warga asing yang perlu dirungkai sama ada memberangsangkan atau sebaliknya.

 

“Kerana ada sungutan mempertikai bahawa mereka ini seolah-olah tidak mempunyai sebarang kepakaran dalam telekomunikasi kecuali lebih banyak memikirkan kepentingan peribadi bukan untuk kemajuan UNN.

 

“Namun menurut sungutan, pegawai kerajaan yang bertanggungjawab membuat pilihan sering menyebelahi dan mengikut kemahuan para pegawai warga asing tersebut," tegas baginda lagi.

 

Sungutan juga terus berlaku setelah lebih empat tahun penubuhan UNN mengenai tahap perkhidmatan dengan masalah kelajuan internet, di mana baginda membangkitkan pihak UNN sering mengelak dengan memberi alasan bahawa perkara itu berpunca daripada kecurian kabel tetapi dalam masa yang sama pihak UNN tidak atau kurang usaha untuk mengatasi isu kecurian tersebut.

 

“Maka berbangkit daripada kelemahan ini segelintir orang awam telah memberikan nama jolokan kepada UNN sebagai Useless National Network," ujar titah baginda lagi.

 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines Warns China Against 'Acts Of War'

 2024-06-01 01:16:05

All Santander Staff And '30 Million' Customers In Spain, Chile And Uruguay Hacked

 2024-06-01 00:32:10