FacebookInstagramTwitterContact

 

Royal Brunei Police Shooting Exercise           >>           Population estimates recorded a 1.1% Growth Rate for 2023           >>           Islam is a Religion of Peace           >>           Visit to Intending Haj Pilgrims' Accommodation           >>           Talk on Raudah           >>           Visit Activity           >>           Excellent Prize Presentation           >>           Conversion Ceremony           >>           Ocean Week Brunei Launching Ceremony           >>           60% of Lung Cancer Cases in the Country Caused by Smoking           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Memperingati Peristiwa Israk Mikraj


 


 February 19th, 2023  |  10:49 AM  |   235 views

JERUDONG

 

Siapakah orang yang muflis? Salah satu teknik didikan baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah dengan cara komunikasi dua hala iaitu dengan mengemukakan persoalan, diikuti dengan penjelasan baginda kepada persoalan tersebut.

 

 Kemudian, para sahabat menjawab muflis dalam kalangan kami ialah orang yang tidak mempunyai duit dan tidak memiliki sebarang harta (aset).

 

Perkara itu antara yang digariskan dalam ceramah Israk dan Mikraj Biro Wanita Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong 'B' bertajuk 'Israk Mikraj dan Wanita Menurut Perspektif Islam' yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Noorizah binti Haji Abidin.

 

Jawapan ini jelasnya, berdasarkan kefahaman umum masyarakat ketika itu dengan kalimah muflis. Bahkan, pada zaman sekarang, apabila disebut kalimah muflis, maka yang terlintas dalam fikiran kita adalah seseorang yang tidak ada duit dan harta serta memiliki liabiliti (hutang) yang tidak mampu dibayar.

 

 Majlis tersebut berlangsung di Hotel Star Lodge, Kampung Sengkurong, Mukim Sengkurong, di sini.

 

Acara didahului dengan membaca Sayyidul Istigfar, Selawat Tafrijiyyah dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Ketua Biro Keagamaan, Dayang Hajah Rokiah binti Haji Tamin.

 

 Ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi Biro Wanita MPK Sengkurong 'B', Dayang Hajah Rukiah bnti Haji Muhammad Yassin.

 

Majlis merupakan anjuran Biro Wanita MPK Sengkurong 'B' sempena memperingati peristiwa bersejarah Israk Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1444 Hijrah/2023 Masihi.

 

Tujuan majlis ini adalah untuk menyemarakkan sambutan Israk dan Mikraj, sekali gus meningkatkan kefahaman serta pengetahuan tentang Israk Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

 Di samping itu, meningkatkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita supaya sentiasa menjaga dan memperhatikan solat dan ketetapan waktu solatnya walaupun dalam kesibukan dengan tugas sebagai isteri, ibu dan pekerja.

 

 Hadir pada majlis berkenaan ialah Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli-ahli Biro Wanita MPK Sengkurong 'B'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Philippines Warns China Against 'Acts Of War'

 2024-06-01 01:16:05

All Santander Staff And '30 Million' Customers In Spain, Chile And Uruguay Hacked

 2024-06-01 00:32:10