FacebookInstagramTwitterContact

 

Pungent, Bitter Onion Varieties Found To Beat Cancer           >>           The Usefulness Of Guided Meditation In Improving The Well-Being Of Diabetics           >>           Magnesium And Vitamin D: The Perfect Pair?           >>           No Gaza Ceasefire Until Israel War Aims Achieved, Netanyahu Says           >>           Venice Bans Large Tourist Groups And Loudspeakers           >>           Hunter Biden: The Struggles And Scandals Of The US President's Son           >>           South Africa's ANC Has To Share Power After Election Blow           >>           India's Modi Could Win Third Term, Polls Predict           >>           Double Trouble: Sun Unleashes 2 Powerful X-Class Solar Flares In 12 Hours (Video)           >>           The Tribeca Film Festival Will Debut A Bunch Of Short Films Made By AI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


4 Wakil ASTERAWANI Brunei Hadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-20


 


 February 25th, 2023  |  08:56 AM  |   178 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai empat wakil negara dari Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei bertolak ke Republik Singapura petang tadi bagi menghadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-20 yang akan berlangsung selama dua hari iaitu 25 - 26 Februari 2023 di Wisma Geylang Serai, Republik Singapura.

 

Rombongan diketuai oleh Ketua 1, Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei, Profesor Ampuan Dr. Haji Ibrahim bin Ampuan Haji Tengah.

 

Sementara menyertai rombongan ialah Pengetua Pusat Sejarah Brunei (PSB), Dr. Muhammad Hadi bin Melayong; Dr. Haji Morsidi bin Haji Muhammad dan Mohd Zefri Ariff bin Zain Ariff dari Universiti Brunei Darussalam.

 

Mereka juga akan membentangkan kertas kerja dan menyertai Forum Perdana yang bertajuk: Sastera Melayu Dalam Era Negara Bijak.

 

Sebanyak tiga tema utama yang akan menjadi fokus dalam pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-20 tahun ini, iaitu Bahasa dan Kesusasteraan Melayu dalam Dunia Pendidikan; Perkembangan Kesusasteraan Melayu dan Cabarannya; dan Menyatukan Elit dan Masyarakat Melalui Sastera.

 

Pengetua PSB, Dr. Muhammad Hadi menerusi kertas kerja beliau 'Wawasan Bangsa Brunei : Kepupusan dan Cabarannya' akan mengongsikan pengalaman dan pengetahuan tentang perkembangan dan cabaran yang dihadapi oleh Kesusasteraan Tradisi Melayu Brunei dalam Era Globalisasi masa kini.

 

Dalam kertas kerja tersebut ditumpukan mengenai Sastera Tradisi Bangsa Brunei iaitu Puisi Syair dan Bersiram di kalangan Puak Dusun yang berteraskan nilai-nilai kebruneian khususnya mentaati Ulil Amri.

 

Selain itu, dijelaskan juga mengenai kekurangan minat para generasi muda dalam mempelajari dan menghasilkan penulisan sastera, serta kepupusan sastera tradisi ini adalah akibat perkembangan media baru dan ketiadaan generasi tua yang menjadi pengamal dan pewaris sastera tradisi seperti bersyair, bersiram, berdiangdangan dan berpantun.

 

Warisan ini amat penting dikekalkan dan dipelihara sebagai asas perpaduan dan penyatuan bangsa Brunei khususnya dari segi bahasa, budaya, adat istiadat, sastera tradisi yang menjadi identiti dan jati diri kebruneian.

 

Sementara itu, Ketua Asterawani, Profesor Dr. Ampuan Haji Ibrahim akan menjadi Panel Forum dari Negara Brunei Darussalam.

 

Sebanyak empat buah negara akan terlibat dalam Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-20 iaitu perwakilan dari Negara Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia dan Malaysia, yang menjangkakan akan dihadiri seramai 100 peserta dari Dunia Alam Melayu (Nusantara).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India's Modi Could Win Third Term, Polls Predict

 2024-06-02 01:05:44

Ticketmaster Confirms Data Hack Which Could Affect 560m Globally

 2024-06-02 00:09:47