FacebookInstagramTwitterContact

 

Pungent, Bitter Onion Varieties Found To Beat Cancer           >>           The Usefulness Of Guided Meditation In Improving The Well-Being Of Diabetics           >>           Magnesium And Vitamin D: The Perfect Pair?           >>           No Gaza Ceasefire Until Israel War Aims Achieved, Netanyahu Says           >>           Venice Bans Large Tourist Groups And Loudspeakers           >>           Hunter Biden: The Struggles And Scandals Of The US President's Son           >>           South Africa's ANC Has To Share Power After Election Blow           >>           India's Modi Could Win Third Term, Polls Predict           >>           Double Trouble: Sun Unleashes 2 Powerful X-Class Solar Flares In 12 Hours (Video)           >>           The Tribeca Film Festival Will Debut A Bunch Of Short Films Made By AI           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Forum Khas sempena Israk, Mikraj


 


 February 26th, 2023  |  13:50 PM  |   133 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Pejabat Hal Ehwal Pelajar mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi, hari ini, yang berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad. Juga turut hadir ialah penolong-penolong rektor, pegawai-pegawai utama, tenaga akademik, pegawai dan kakitangan serta mahasiswa-mahasiswi UNISSA.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Exco Unit Keugamaan dan Takmir Surau, Majlis Perwakilan Pelajar UNISSA, Awang Muhammad Faris Amsyar bin Ismail.

 

Sambutan tersebut kemudian disemarakkan dengan sebuah Forum Khas yang bertemakan 'Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian : Sembahyang Meraih Reda Allah'.

 

Forum disampaikan oleh dua orang ahli panel iaitu pelajar Tahun 3, Abdul Mujib bin Awang Sh'minan daripada Fakulti Usuluddin dan pelajar tahun 2, Muhammad Firdaus bin Sait daripada Fakulti Teknologi Islam. Manakala pelajar Tahun 1 dan Muhammad Dzulkhairi bin Haji Ibrahim daripada Fakulti Usuluddin pula selaku moderator.

 

Antara inti pati yang dapat diambil daripada forum berkenaan adalah sembahyang merupakan kunci untuk kita meraih reda Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Sembahyang merupakan modal yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa seorang hamba, lebih-lebih lagi apabila dilaksanakan dengan khusyuk dan ikhlas semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala yang kesannya akan memelihara diri kita daripada perkara keji dan mungkar dan menjadikan kita mudah untuk sentiasa taat kepada segala suruhan Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah bagi memperingati peristiwa agung perjalanan Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa sebagai salah satu tanda kebesaran Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada penyampai forum disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

India's Modi Could Win Third Term, Polls Predict

 2024-06-02 01:05:44

Ticketmaster Confirms Data Hack Which Could Affect 560m Globally

 2024-06-02 00:09:47