FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Hasil Pencapaian BFI Membanggakan


 


 February 26th, 2023  |  14:55 PM  |   332 views

BELAIT

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah yakin bahawa Syarikat Brunei Fertilizer Industries (BFI) akan terus memainkan peranan penting dalam menjayakan lagi aspirasi kerajaan dan negara.

 

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan pelancaran Syarikat BFI, ia akan memacu peluang bagi membangunkan lagi industri hiliran minyak dan gas serta juga memberikan peluang kepada syarikat-syarikat tempatan untuk turut menyumbang ke dalam operasi Syarikat BFI terutama dalam pelbagai bidang seperti logistik, sekuriti, katering dan lain-lain.

 

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dapat hadir ke Majlis Pelancaran Loji BFI pada hari ini.

 

Menurut titah baginda, projek ini melambangkan komitmen kerajaan dalam mendukung usaha untuk meningkatkan lagi kegiatan ekonomi negara.

 

“Perkembangan di dalam industri petrokimia ini InsyaaAllah akan menjadi salah satu sumbangan kepada menambah lagi kepelbagaian produk eksport negara," titah baginda semasa berkenan melancarkan Loji BFI berlangsung di Loji Syarikat BFI, Sungai Liang Industrial Park (SPARK), di sini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, ia juga dijangka mampu untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap pengeksportan produk minyak dan gas.

 

Syarikat BFI dilihat memainkan peranan penting dalam membekalkan Urea kepada negara-negara yang bergantung kepada hasil pertanian.

 

“Beta telah difahamkan bahawa semenjak penubuhan Syarikat BFI pada tahun 2013 yang lalu, syarikat ini telah mencapai beberapa pencapaian yang menggalakkan antaranya berjaya untuk menghasilkan lebih daripada 631 ribu tan metrik baja Urea sejak Januari 2022 di mana sebanyak 556 ribu tan metrik telah berjaya dieksport ke negara asing yang mempunyai nilai pendapatan sebanyak USD322 juta," titah baginda.

 

Kebawah DYMM juga bertitah melahirkan rasa bangga dengan hasil pencapaian Syarikat BFI dalam mengambil tenaga pekerja sebanyak 66 peratus di mana sebanyak 161 adalah anak tempatan dari institusi pengajian teknikal tempatan dan luar negara, telah menjalani latihan industri selama enam bulan di dalam dan di luar negara termasuk pendedahan kerja di loji-loji Ammonia dan Urea yang ada di negara berhampiran sebelum Loji BFI siap dibina.

 

Baginda seterusnya bertitah, perkara itu, sejajar dengan matlamat Wawasan Negara 2035, untuk melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.

 

Kebawah DYMM juga dalam titah, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syarikat BFI, agensi-agensi yang berkaitan dan semua warga tenaga kerja Syarikat BFI di atas usaha dan dedikasi mereka dalam menjayakan projek ini.

 

“Oleh itu, bagi menghargai jasa dan bakti kesemua tenaga kerja syarikat yang telah bertungkus-lumus menjayakan projek ini, beta telah memperkenankan pembayaran Project Completion Bonus kepada seluruh warga Syarikat BFI di mana maklumat mengenainya akan disampaikan oleh pihak pengurusan syarikat nanti," titah baginda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55