FacebookInstagramTwitterContact

 

Ditch Harmful VEGETABLE OILS For These Healthy Substitutes           >>           Replace Ultra-Processed Foods With These HEALTHY Alternatives           >>           Liam Hemsworth And Gabriella Brooks Rare Date Night Photos Will Leave You Hungering For More           >>           See Taylor Swift And Travis Kelce Kiss During Enchanted Lake Como Boat Date           >>           NASA's Juno Probe Captures Fascinating High-Resolution Images Of Jupiter's Icy Moon Europa           >>           A Fallout Crossover Is Coming To Fortnite           >>           The Openai Team Tasked With Protecting Humanity Is No More           >>           Youtube Reportedly Agrees To Block Videos Of Hong Kong’s Protest Song Inside The Region           >>           Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berkenan Adakan Lawatan Kerja Ke Totalenergies


 


 February 26th, 2023  |  14:57 PM  |   309 views

LUMUT

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi tadi berkenan berangkat ke TotalEnergies EP (Brunei) B.V bagi lawatan kerja perasmian Sambutan Ulang Tahun ke-35 TotalEnergies.

 

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM di Onshore Processing Plant TotalEnergies EP (Brunei) B.V, Lumut di sini, dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; dan Pengurus Am TotalEnergies EP (Brunei) B.V,  Jerome Saniez.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Daerah Belait, Awang Mohd Shah bin Haji Taip.

 

 Pengurus Am TotalEnergies EP (Brunei) B.V, Jerome Saniez dalam sembah alu-aluannya antara lain menyatakan, aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dan nilai teras bagi syarikat berkenaan.

 

Beliau turut mengongsikan bahawa hasil sokongan dan kerjasama daripada pihak berkepentingan utama dan Kerajaan Kebawah DYMM, TotalEnergies di Negara Brunei Darussalam (NBD) telah mencapai 23 tahun operasi berterusan tanpa sebarang Insiden Masa Hilang (Lost Time Incident).

 

 Beliau seterusnya menyembahkan, selepas 35 tahun dan bergerak ke hadapan, TotalEnergies di NBD akan terus mempunyai lebih banyak tahun operasi yang berjaya di negara ini dan menjadi rakan kongsi pilihan untuk pelbagai tenaga di NBD.

 

 Sembahnya lagi, ini sejajar dengan Pelan Tindakan Ekonomi Wawasan Brunei Darussalam 2035, di mana projek dan aktiviti masa depan TotalEnergies akan menyumbang kepada pembangunan dan pekerjaan manusia, pertumbuhan ekonomi serta perlindungan alam sekitar.

 

Pada majlis berkenaan, Kebawah DYMM juga berkenan menandatangani plak perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Tahun TotalEnergies, dan seterusnya berkenan menerima pesambah yang disembahkan oleh Pengurus Am TotalEnergies EP (Brunei) B.V.

 

 Sejurus itu, baginda berkenan menyaksikan tayangan video klip yang memaparkan perkembangan dan pencapaian TotalEnergies selama 35 tahun beroperasi di NBD.

 

Baginda seterusnya berkenan berangkat menyaksikan pameran 'History Tunnel – Archive of TEPB Achievements', diikuti dengan lawatan ke Onshore Processing Plant dan Central Control Room (CCR).

 

Semenjak penubuhannya pada tahun 1987, TotalEnergies EP (Brunei) B.V. mengeluarkan gas asli melalui tiga Offshore Platform dan Onshore Processing Plant.

 

Sebanyak 91 peratus tenaga pekerja di TotalEnergies EP (Brunei) B.V adalah terdiri daripada anak-anak tempatan yang dilatih melalui pelbagai program sumber tenaga manusia termasuk program 'apprenticeship' dan penempatan kerja di cawangan-cawangan TotalEnergies di luar negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55