FacebookInstagramTwitterContact

 

Launching of Crown Prince Cipta Award 2025           >>           First Haj Flight of Intending Pilgrims           >>           Final of the National Al-Quran Musabaqah           >>           Final of National Musabaqah Al-Quran Reading for Adults           >>           His Majesty Titah           >>           HSBC Fined Over Treatment Of Customers In Difficulty           >>           Calling An Election On The Economy Is A Risky Gamble           >>           Israeli Hostage's Family Hope Kidnap Video Reminds World Of Need For Deal           >>           Rosenberg: Putin's Military Purge Echoes Prigozhin's Call To Act           >>           Daily Cannabis Use Overtakes Drinking In US First           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Terus Bersemangat, Aktif Untuk Bersukan


 


 February 27th, 2023  |  08:02 AM  |   134 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Status sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak menjadi penghalang bagi Haji Noorishanuddin bin Haji Noorkaseh menyertai aktiviti sukan dan menjalani gaya hidup aktif bersama masyarakat sekeliling.

 

"Saya sering mengikuti acara riadah dan aktif melibatkan diri dalam bidang sukan.

 

"Niat saya adalah untuk memberikan semangat kepada golongan OKU agar mereka bangkit dan berdikari, serta tidak terlalu mengharapkan bantuan orang lain dalam menjalani aktiviti kehidupan seharian.

 

"Dalam erti kata lain, jalani gaya hidup sihat. We are gonna beat that limit. Namun, tidak semestinya mereka perlu melakukan sesuatu yang melebihi keupayaan mereka kerana masing-masing memiliki halangan dan kemampuan yang berbeza," katanya.

 

Beliau berkata demikian semasa ditemui Pelita Brunei pada acara Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

 

Sebelum terlibat dalam kemalangan pada tahun 2002 yang menjadikan status beliau sebagai OKU, beliau memang menggemari aktiviti sukan bermotor seperti Go-kart, motosikal dan sukan lasak kenderaan pacuan empat roda (4X4).

 

"Pada masa ini minat tersebut memang masih ada, namun keupayaan itu terhad. Bagaimanapun saya cuba mengatasi kekurangan itu dengan mencipta 'mobility aid' (bantuan pergerakan) untuk membolehkan saya menjalani aktiviti sukan dengan orang ramai," ujar beliau.

 

Beliau juga pernah mewakili negara dalam acara sukan Tenpin Boling di ASEAN Para Games.

 

"Saya berharap agar lebih ramai lagi golongan OKU menceburi bidang yang mereka minati, bukan sahaja dalam bidang sukan, tetapi juga dalam bidang lain termasuk pekerjaan," katanya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China's Drills Show It Really Doesn't Like Taiwan's New President

 2024-05-24 00:19:39

HSBC Fined Over Treatment Of Customers In Difficulty

 2024-05-24 01:13:57