FacebookInstagramTwitterContact

 

Third Edition of Future Aviation Forum           >>           Launching of Crown Prince Cipta Award 2025           >>           First Haj Flight of Intending Pilgrims           >>           Final of the National Al-Quran Musabaqah           >>           Final of National Musabaqah Al-Quran Reading for Adults           >>           His Majesty Titah           >>           HSBC Fined Over Treatment Of Customers In Difficulty           >>           Calling An Election On The Economy Is A Risky Gamble           >>           Israeli Hostage's Family Hope Kidnap Video Reminds World Of Need For Deal           >>           Rosenberg: Putin's Military Purge Echoes Prigozhin's Call To Act           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


100 Ahli PEMODA Sertai Ekspedisi Patriotik


 


 February 27th, 2023  |  08:17 AM  |   104 views

KUALA BELAIT

 

Seramai 100 Ahli Persatuan Motorsikal Darussalam (PEMODA) menyertai Ekspedisi Patriotik anjuran Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB) dan PEMODA yang julung-julung kali dianjurkan bersama.

 

Program yang berkonsepkan pembelajaran, bersantai dan bersilaturahim, bertemakan 'Negara Kitani Kebanggaan Kitani' itu, merupakan salah satu aktiviti / program Pejabat Sekretariat MTMIB selaras dengan matlamat penubuhannya untuk memberi galakan kepada agensi-agensi lain agar sama-sama menyumbang, menyebarluaskan, memelihara dan mengukuhkan MIB.

 

Ia dilaksanakan bersama oleh Pejabat Sekretariat MTMIB dan PEMODA ke arah memupuk semangat patriotik terhadap tanah air dengan konvoi para peserta menunggang motosikal masing-masing sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39 menyusuri ke empat daerah di negara ini iaitu Daerah Belait, Daerah Tutong, Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis perasmian ekspedisi yang berlangsung di V-Plaza Hotel, Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman selaku Penghulu Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait.

 

Tetamu kehormat juga pada majlis itu telah menyerahkan bendera besar negara kepada Yang Dipertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad.

 

Seterusnya tetamu kehormat juga menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Pejabat Sekretariat MTMIB, Awang Rushdi bin Haji Abdul Rahman dan Yang Dipertua PEMODA.

 

Tetamu kehormat pada akhir majlis menyempurnakan pelepasan konvoi yang diketuai oleh Naib Yang Di-Pertua PEMODA, Awang Mohamad Shahrin bin Shahbuddin.

 

Peserta konvoi motosikal memulakan perjalanan dari V-Plaza Hotel, seterusnya menuju ke Menara Cendera Kenangan dan tempat-tempat yang telah ditentukan iaitu Pusing Keliling Kuala Belait, Pekan Seria, Pejabat Daerah Tutong, Pusing Keliling Jerudong Park, Istana Nurul Iman, Lampu Isyarat ke Jambatan SOAS, Pusing Keliling Labu Temburong dan Dermaga Pekan Bangar sebagai destinasi terakhir yang dialu-alukan oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir selaku Ketua Kampung Labu Estet dan Piasau-Piasau, Daerah Temburong.

 

Yang Berhormat seterusnya menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Pejabat Sekretariat MTMIB dan Yang Dipertua PEMODA.

 

Program merupakan salah satu kaedah atau pendekatan untuk mendekatkan dan memberi galakan kepada masyarakat Brunei khususnya generasi belia tentang nilai dan kepentingan menghargai tanah air dan secara langsung penerapan nilai-nilai MIB dengan menekankan budi bahasa, budi pekerti dan budi bicara kebruneian.

 

Ia juga diharap dapat mencapai objektifnya dan akan berterusan untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang erat dengan rakan-rakan strategik dan pihak-pihak yang berkepentingan.

 

Selain itu, konvoi motosikal berkuasa tinggi tersebut turut membawa bendera negara dengan tujuan untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan para ahli PEMODA yang kebanyakannya terdiri daripada warga belia.

 

InsyaaAllah, program seumpama ini akan dijadikan sebagai aktiviti / program tahunan Pejabat Sekretariat MTMIB dan PEMODA.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

China's Drills Show It Really Doesn't Like Taiwan's New President

 2024-05-24 00:19:39

HSBC Fined Over Treatment Of Customers In Difficulty

 2024-05-24 01:13:57