FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


2 Produk Kosmetik Dicemari Tretinoin, Merkuri


 


 February 28th, 2023  |  08:56 AM  |   124 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan dua jenis produk kosmetik berikutan hasil daripada ujian makmal Bahagian Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan mendapati kedua produk berkenaan dicemari dengan bahan terlarang yang tidak diisytiharkan.

 

Produk-produk kosmetik tercemar berkenaan, iaitu Rissa Skin – Skin Moisturiser (pengilang tidak dinyatakan) dicemari dengan Tretinoin; serta Collagen Plus Vit E – Day & Night Cream (pengilang tidak dinyatakan) dicemari dengan Merkuri.

 

Bahan-bahan pencemar dalam produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.

 

Tretinoin adalah bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi bagi merawat penyakit kulit dan ia dilarang sebagai bahan di dalam produk kosmetik penjagaan kulit di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007.

 

Penggunaan Tretinoin tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan kulit yang disapu menjadi kemerahan, mengelupas dan parut pada kulit.

 

Manakala, Merkuri adalah bahan yang dilarang dalam produk kosmetik seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007.

 

Penggunaan Merkuri di dalam produk kosmetik adalah dilarang kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Tahap merkuri yang tinggi atau pendedahan yang kerap boleh menyebabkan kulit kebas, sakit kepala, ruam, perubahan warna kulit serta kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

 

Anak damit dan kanak-kanak kecil boleh terdedah dengan kesan sampingan daripada pengguna, dan boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau anak damit yang belum dilahirkan.

 

Oleh itu, orang ramai yang menggunakan produk-produk berkenaan adalah dinasihatkan untuk memberhentikan pengambilannya dengan serta merta.

 

Jika mereka mengalami kesan advers dan merasa tidak sihat selepas menggunakan produk-produk berkenaan, hendaklah berjumpa doktor dengan segera.

 

Penjualan produk berkenaan (termasuk penjualan secara dalam talian seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik), 2007 dan jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi BND5,000, penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Kementerian Kesihatan juga ingin memohon kerjasama daripada orang ramai untuk melaporkan kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan jika mendapati produk-produk berkenaan masih berada dipasarkan di negara ini.

 

Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komplians dan Perlesenan melalui talian +673 2393301 sambungan 208 atau email ke [email protected] dan boleh juga berhubung terus ke Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras, Mukim Gadong A.

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau melalui aplikasi BruHealth atau melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di 'www.moh.gov.bn' dan mengikuti media sosial '@mohbrunei'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07