FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Menelusuri Sejarah Awal Perkhidmatan Pos


 


 February 28th, 2023  |  08:59 AM  |   168 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pusat Sejarah Brunei (PSB) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dan Persatuan Filatelik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) pagi tadi mengungkayahkan Program Bicara Sejarah : The Postal History of Brunei 1895-1988 bertempat di Dewan Jawatan Dalam, PSB, di sini.

 

Hadir selaku jemputan khas pada sesi Bicara Sejarah tersebut ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan.

 

Pemangku Timbalan Pengetua, PSB, Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh, dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata, program bicara sejarah kali ini merupakan salah satu lagi usaha berterusan pusat tersebut bagi menonjol dan membarigakan sejarah di negara ini termasuklah juga mengenai sejarah awal kewujudan perkhidmatan pos, pengeluaran dan penggunaan setem-setem di Negara Brunei Darussalam kepada orang ramai khususnya dalam kalangan belia.

 

Beliau seterusnya berharap, program bicara sejarah kali ini dapat menarik minat para belia, pengkaji, dan penyelidik sejarah dengan seterusnya merintis jalan buat mereka sebagai generasi penerus untuk melaksanakan penyelidikan dengan lebih mendalam dan memperbanyakkan lagi pengumpulan bahan-bahan tentang sejarah perkhidmatan pos serta pengeluaran dan penggunaan setem tanah air.

 

Program Bicara Sejarah : The Postal History of Brunei 1895-1988 dengan tema 'Setem sebagai Sumber Sejarah' merupakan sebuah program bual bicara yang dikongsikan oleh Claire Scott, FRPSL, The Royal Philatelic Society of London.

 

Antara yang dikongsikan ialah sejarah perkhidmatan pos di NBD dari tahun 1895 hingga 1988, dan juga pelbagai koleksi setem yang pernah digunakan di negara ini.

 

Program tersebut dipengerusikan oleh Pemangku Yang Di-Pertua PESEBAR, Profesor Adjung Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Yunos.

 

Antara objektif program berkenaan ialah memperkenal dan mengongsikan maklumat mengenai setem-setem dan poskad-poskad lama kepada orang ramai, pengumpul dan pencinta sejarah, di samping menarik minat dan membuka jalan kepada para pengkaji dan penyelidik sejarah untuk menjalankan penyelidikan dan pengumpulan bahan tentang persejarahan perkhidmatan pos di negara ini.

 

Selain itu, ia juga membuka ruang dan peluang kerjasama dengan para belia dan pihak-pihak yang berkepentingan ke arah mempertingkatkan nilai persejarahan negara bagi mencapai matlamat PSB sebagai Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei 2023.

 

Di samping Program Bicara Sejarah, turut diadakan ialah 'Pameran Sejarah Setem Brunei, yang diungkayahkan oleh PSB dengan kerjasama PESEBAR, Persatuan Filatelik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan juga Jabatan Perkhidmatan Pos.

 

Pameran tersebut dibukakan untuk kunjungan orang ramai selama tujuh hari bermula pada hari ini.

 

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah; pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, mahasiswa, mahasiswi institusi pengajian tinggi, para belia, ahli Persatuan Filatelik Kebangsaan NBD, dan peminat serta pengumpul setem.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07