FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Operasi SAI-GONE Fasa II Berjaya Cekup 22 Individu


 


 February 28th, 2023  |  09:07 AM  |   191 views

BELAIT

 

Biro Kawalan Narkotik (BKN) menjalankan operasi SAI-GONE Fasa II di beberapa buah tempat yang aktif menjalankan aktiviti penjualan dadah di Daerah Belait.

 

Projek berkenaan merupakan operasi susulan daripada projek Operasi SAI-GONE yang menyasarkan suspek-suspek yang mempunyai kaitan dengan Operasi SAI-GONE yang telah dijalankan pada 19 dan 22 Disember 2022.

 

Menerusi operasi SAI-GONE Fasa II yang dijalankan secara serentak di lima buah lokasi berasingan di Daerah Belait pada 20 Februari lalu, BKN berjaya menahan seramai 22 orang yang terdiri daripada 18 lelaki dan empat perempuan dalam lingkungan umur 17 hingga 53 tahun.

 

BKN juga berjaya merampas syabu seberat 282.76 gram serta wang tunai berjumlah BND2,630 yang dipercayai hasil daripada kegiatan pengedaran dadah.

 

Turut dirampas, alat perkakas yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyalahgunakan dadah, telefon bimbit serta alat timbangan digital bagi kegunaan kegiatan pengedaran dadah.

 

Salah seorang suspek utama dalam Operasi SAI-GONE Fasa II berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah (APD), Penggal 27, iaitu atas kesalahan memiliki dadah terkawal bagi tujuan mengedar melebihi daripada 100 gram syabu dan jika sabit boleh membawa hukuman gantung hingga mati.

 

Manakala, seorang lagi suspek utama operasi SAI-GONE Fasa II berkenaan merupakan anak kepada dalang operasi SAI-GONE yang ditumpaskan sebelum ini.

 

Walaupun bapa suspek telah ditahan dan disiasat atas kesalahan memiliki dadah terkawal bagi tujuan mengedar yang boleh membawa kepada hukuman mati, namun ini tidak menghalang suspek daripada turut terlibat dan meneruskan aktiviti pengedaran dadah yang didalangi oleh bapa suspek.

 

Secara keseluruhan, BKN menahan seramai 37 orang dan merampas dadah syabu seberat 556.67 gram daripada dua fasa operasi SAI-GONE yang dijalankan pada bulan Disember 2022 dan Februari 2023.  Dadah syabu yang dirampas dianggarkan bernilai lebih daripada BND108,000 dan boleh menampung kira-kira 55,667 orang penagih dadah.

 

BKN ingin mengingatkan kepada orang ramai bahawa operasi-operasi berkenaan bertujuan bagi melumpuhkan rangkaian pengedaran dadah dan ia akan terus dilaksanakan bagi melindungi masyarakat serta mempertahankan keselamatan negara daripada pelbagai anasir dadah haram.

 

Dalam sama-sama memastikan kesejahteraan dan keamanan negara demi mencapai Wawasan Brunei 2035, orang ramai adalah diseru untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan dadah kepada BKN.

 

Di kesempatan ini juga, BKN ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada agensi perisikan keselamatan di negara ini atas bantuan dan kerjasama yang diberikan ke arah menjayakan operasi berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07