Home > Bahasa Melayu
Merukyah Anak Bulan Ramadan, 22 Mac
February 28th, 2023 | 09:11 AM | 536 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Mahkamah Syariah Negara Brunei Darussalam dengan ini memaklumkan kepada orang ramai terutama umat Islam di Negara Brunei Darussalam bahawa pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, maka Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam dengan ini memaklumkan bahawa ketetapan 1 Syaaban 1444 Hijrah adalah jatuh pada petang Selasa, 21 Februari 2023 Masihi.
Maka dengan itu, Nisfu Syaaban bagi Tahun 1444 Hijrah jatuh pada petang Selasa malam Rabu, 7 Mac 2023 Masihi.
Berikutan dengan itu juga, ketetapan bagi merukyah anak bulan Ramadan 1444 Hijrah akan dilakukan pada petang Rabu, 29 Syaaban 1444 Hijrah bersamaan 22 Mac 2023 Masihi di tempat-tempat berikut iaitu Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Taman Rekreasi Tanjung Batu, Kampung Sabun, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Ambog, Daerah Tutong; dan Bukit Lumut, Daerah Belait.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]