FacebookInstagramTwitterContact

 

Hibiscus Tea Improves Blood Flow, Reduces Risk Of Cardiovascular Disease           >>           Beer Brewed To Music And A Crystal Castle — How To Have An A-List Getaway In Byron Bay           >>           Sleep Is Good For Your Heart, Reduces Risk Of CVD, According To Study           >>           Black Nightshade Reduces Growth Of Cancerous Tumors           >>           You Won't Be Able To Unsee Ryan Gosling's La La Land Confession           >>           Kate Middleton And Prince William’s Designer Friend Says They’re “Going Through Hell”           >>           Eta Aquarid Meteor Shower Peak Could Spawn Over 100 'Shooting Stars' Per Hour This Weekend           >>           Nintendo blitzes GitHub with over 8,000 emulator-related DMCA takedowns           >>           X Is Using Grok To Publish AI-Generated News Summaries           >>           Microsoft’s latest Windows security updates might break your VPN           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Kementerian Kewangan Dan Ekonomi Semarakkan Sambutan Israk Mikraj


 


 February 28th, 2023  |  09:20 AM  |   210 views

BERAKAS

 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj terus disemarakkan oleh pelbagai pihak di negara ini dalam sama-sama memperingati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa agung Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

 

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bagi Tahun 1444H/2023M bertempat di Surau, Island Block, Bangunan Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

 

Turut hadir. Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; Setiausaha-setiausaha Tetap; ketua-ketua jabatan dan bahagian; pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi termasuk pegawai dan kakitangan dari Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (HMSF).

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan Selawat Ibrahimiyah dan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Yussof bin Haji Abdul Majid.

 

Dalam ceramahnya antara lain mengongsikan mengenai pengajaran dalam peristiwa Israk dan Mikraj yang berhubung kait dengan keimanan tinggi seorang wanita.

 

Semasa peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melalui satu makam yang baunya sangat harum semerbak kasturi lalu Baginda bertanya Malaikat Jibril yang mengiringi Baginda lalu mengkhabarkan bahawa itulah makam Masyitah, seorang penghuni syurga yang kental mempertahankan imannya.

 

Menurut riwayat, Masyitah merupakan hamba dan pengasuh anak Firaun, pemerintah kejam di Mesir yang mengaku dirinya tuhan dan pada ketika orang sekeliling memperakui Firaun sebagai tuhan, Masyitah pula teguh beriman dengan Allah Subhanahu Wata'ala namun keimanannya dirahsiakan.

 

Keimanan Masyitah akhirnya tersingkap ketika beliau menyikat rambut puteri Firaun apabila tiba-tiba sikat terjatuh dan dengan tidak sengaja, beliau menyebut Bismillah.

 

Bermula dari situ rahsianya terbongkar. Walaupun Masyitah dipaksa Firaun memperakui dirinya (Firaun) sebagai tuhan, tetapi dengan penuh keberanian beliau berkata: “Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah".

 

Insiden berkenaan menimbulkan kemarahan Firaun yang menganggap dirinya tuhan dan serta-merta memerintahkan supaya Masyitah dipanggang, manakala anak-anaknya pula dicampak ke dalam minyak yang mendidih.

 

Masyitah akhirnya syahid dibunuh Firaun kerana mempertahankan keimanannya hanya kepada Allah Subhanahu Wata'ala daripada ugutan dan bertuhankan Firaun yang zalim.

 

Majlis diakhiri dengan Solat Fardu Asar berjemaah.

 

Majlis berkenaan adalah merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan Sambutan Israk dan Mikraj, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

 

Pada tahun ini, majlis diselenggarakan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07