Home > Bahasa Melayu
Memohon Kelancaran Persidangan MMN
February 28th, 2023 | 09:26 AM | 188 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat sempena Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Kali Ke-19 bagi Tahun 2023 bertempat di Surau, Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.
Hadir di majlis berkenaan, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib.
Turut hadir, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet & Jurutulis Majlis-majlis Mesyuarat, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar serta Ahli-ahli Yang Berhormat MMN.
Majlis berkenaan diadakan bertujuan untuk memohon kelancaran bagi Persidangan MMN yang akan diadakan bermula pada Khamis, 2 Mac 2023.
Majlis Solat Sunat Hajat diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, dan diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]