Home > Sports
Perlawanan Badminton Persahabatan Eratkan Silaturahim
March 1st, 2023 | 09:03 AM | 341 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Sejarah Brunei (PSB) meneruskan lagi Perlawanan Badminton Persahabatan bagi Siri Ke-3, 'Perjalanan Sejarah Bulutangkis' untuk tahun 2023 bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.
Perlawanan Persahabatan yang diadakan di Dewan Setia Negara, Jabatan Penerangan, di sini, menyaksikan seramai 16 beregu lelaki mengikuti perlawanan tersebut yang telah dimenangi oleh PSB dengan kiraan mata penuh 17-15.
Turut hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Timbalan Pengetua PSB, Awang Mohammad Faisal bin Haji Salleh yang juga turut membuka tirai perlawanan bagi pihak PSB bersama beregu, Awang Mohammad Nasrul Hadi bin Haji Morni.
PSB memainkan peranan dalam kembara 'Perjalanan Sejarah Bulutangkis' bagi tahun 2023 dalam sama-sama menyahut seruan pihak kerajaan 'Menuju Ke Arah Warga Sihat' dengan mengadakan Perlawanan Badminton Persahabatan sesama institusi dan jabatan-jabatan kerajaan serta sektor swasta bagi membarigakan tentang sejarah badminton di Negara Brunei Darussalam.
Objektif utama Perlawanan Badminton Persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim dan merapatkan lagi institusi-institusi di jabatan kerajaan dan sektor swasta yang telah lama dipraktikkan melalui aktiviti riadah sukan.
Langkah ini diungkayahkan bagi membarigakan mengenai kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan konsep yang lebih mudah dan mesra ramai.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]