Home > Bahasa Melayu
Gerai Jualan Bantu Tingkatkan Ekonomi Penduduk
March 1st, 2023 | 09:05 AM | 127 views
KUALA BELAIT
Gerai Jualan Aneka yang mengambil tempat di Lagoon Panaga Seria bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-39, Tahun 2023 telah diadakan pada 26 Februari yang lalu.
Gerai jualan tersebut adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada orang ramai bahawa Kampung Panaga Seria mempunyai 'Lagoon' di mana ia boleh menjadi infak untuk diusahakan serta boleh meningkatkan ekonomi bagi anak buah kampung khasnya bagi peniaga-peniaga kecil-kecilan di samping tempat beriadah.
Turut hadir dalam acara tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad; Pegawai Penguasa Balai, Balai Polis Panaga, Seria, Inspektor Boniface anak Janlita; Pemangku Penghulu Mukim Seria dan Ketua Kampung Lorong Tiga Selatan Seria, Awang Haji Saidin bin Haji Ibrahim dan Pemangku Ketua Kampung Panaga, Seria, Awang Ariffin bin Abdullah.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]