Home > Sports
PBT Harmoni Anjur Pertandingan Badminton
March 1st, 2023 | 09:08 AM | 401 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pemain Bulu Tangkis Harmoni (PBT Harmoni) mengadakan Pertandingan Badminton di antara Ahli-ahli PBT Harmoni.
Pertandingan kali kedua tersebut antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli, di samping menjadikan aktiviti badminton berkenaan sebagai sukan riadah untuk kesihatan khususnya bagi warga veteran.
Pertandingan yang bermula pada 20 Februari 2023 dibahagikan kepada empat kumpulan.
Pertandingan akhir berkenaan dimenangi oleh pasangan regu Awang Haslan bin Haji Adam dan Haji Ahim Adis setelah berjaya mengalahkan pasangan regu Awang Serabah bin Haji Abas dan Awang Sahbudin bin Haji Md. Ali.
Penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Awang Haji Jofri bin Haji Sahat selaku penaja kejohanan; dan Awang Abas bin Tanjong sekalu Pengurus Kejohanan.
Perlawanan berkenaan diadakan di Dewan Setenaga, Kampung Tanjong Nangka.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]