Home > Sports
DPMM FC Tandatangani Kontrak Pemain, Penaja
March 1st, 2023 | 09:54 AM | 451 views
GADONG
Majlis Penandatanganan Kontrak Kelab Bola Sepak DPMM FC dengan para pemain dan penaja bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Perdana Singapura 2023 diadakan petang tadi di Dewan VIP, Aras 4, Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.
Berangkat bagi menyaksikan Majlis Penandatanganan berkenaan, Timbalan Pengerusi DPMM FC, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj selaku tetamu kehormat majlis.
Majlis Penandatanganan dimulakan dengan penandatanganan kontrak pemain di antara DPMM FC dengan 25 orang pemain kelab bola sepak berkenaan.
Diikuti dengan penandatanganan kontrak penaja di antara DPMM FC dengan para penaja.
Dalam penandatanganan berkenaan, DPMM FC diwakili oleh Pengurus Am Kelab, Awang Mohamad Ali bin Haji Momin; dan Pegawai Kewangan, Awang Md. Kamarul Ariffin bin Haji Arpan.
itu, pihak penaja yang terdiri dari Mitsubishi Corporation; Brunei Shell Marketing Co. Sdn. Bhd.; Datastream Digital Sdn. Bhd.; Setia Motors Sdn. Bhd.; Royal Brunei Airlines; Hui Huang Enterprise (YOU.C 1000); Borneo Genomics Innovation Sdn. Bhd.; Begawan Athlete Enterprise; Waznah Enterprise Sdn. Bhd.; Pitch Company; dan Sparks Co. Sdn. Bhd. diwakili oleh para pengurus atau pegawai tinggi syarikat masing-masing.
Juga diadakan pada majlis berkenaan ialah pelancaran jersi DPMM FC Musim 2023, iaitu 'Home and Away jersey'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]