Home > Bahasa Melayu
Majlis Bertahlil Sempena Penubuhan Jabatan Penjara Ke-69
March 2nd, 2023 | 07:22 AM | 204 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhannya Ke-69 Tahun yang disambut setiap 1 Mac, Jabatan Penjara pagi tadi mengadakan Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah bertempat di Kubah Makam Diraja, di sini.
Hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.
Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Tahlil dipimpin oleh Guru Agama Penjara Maraburong Fasa 1, Awang Md. Azmi bin Haji Ahmad.
Juga hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Pengarah Penjara, Pemangku Timbalan Pengarah Penjara, Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan di bawah KHEDN serta Pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Penjara.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]