FacebookInstagramTwitterContact

 

Marco Reus Buys Beer For All Dortmund Fans At Farewell Game           >>           Slisz's 1st Career Goal Gives Atlanta Draw With Nashville           >>           Atalanta Seal UCL Place, Seek To End Leverkusen Run In UEL Final           >>           Chelsea Crowned WSL Champions After Crushing Man United           >>           Emma Hayes Ends Chelsea Reign With 5th Successive WSL Title           >>           How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tabung Dana Bagi Pembinaan Masjid NBD Menggalakkan


 


 March 2nd, 2023  |  07:25 AM  |   261 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sambutan dan sumbangan orang ramai terhadap Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam (NBD) melalui mekanisme kutipan secara Perkhidmatan Pesanan Ringkas atau SMS adalah sangat menggalakkan.

 

Sebanyak BND469,767 berjaya dikutip melalui penerimaan sumbangan perkhidmatan pesanan ringkas SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD Ke-7, yang dibukakan selama sembilan bulan mulai 14 Mac 2022 sehingga 31 Disember 2022.

 

Sehubungan itu, Majlis Penerimaan Sumbangan Hasil Kutipan SMS bagi Tabung Dana untuk Pembinaan Masjid NBD berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baharu, Kementerian Hal Ehwal Ugama, hari ini.

 

Hadir dan seterusnya menerima sumbangan hasil kutipan SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD.

 

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Datastream Digital Sdn Bhd. (DST), Radin Sufri Radin Basiuni, menyerahkan sumbangan daripada kutipan SMS sebanyak BND418,169.

 

Manakala Progresif Sendirian Berhad yang diwakili oleh Ketua Perhubungan Awam dan Kommunikasi, Dayang Hafiza binti Mohamad menyerahkan sebanyak BND46,598.

 

Sementara itu, Imagine Sendirian Berhad yang diwakili oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Imagine Sdn. Bhd., Awang Haji Radziman bin Haji Rahman menyerahkan BND5,000.

 

Setiap jumlah tersebut adalah hasil kutipan yang berjaya dikumpul sepanjang tempoh kutipan dibukakan.

 

Pada majlis itu juga, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, juga menerima sumbangan daripada pegawai dan kakitangan DST bagi Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD berjumlah BND10,000 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya.

 

Sejak ia dilancarkan pada tahun 2015 hingga 2022, sebanyak BND1,661,883 sumbangan telah berjaya dikumpul melalui mekanisme kutipan secara Perkhidmatan Pesanan Ringkas atau SMS.

 

Kejayaan itu adalah hasil kerjasama antara DST, Progresif Sendirian Berhad, dan Imagine Sendirian Berhad dalam sama-sma mengungkayah bagi maksud melaksanakan kutipan secara SMS.

 

Sementara itu, sehingga Januari 2023, Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD secara keseluruhannya telah berjaya mengutip sebanyak BND21,201,432.05 melalui pelbagai mekanisme.

 

Antara mekanisme yang telah disediakan bagi kemudahan orang ramai untuk memberikan sumbangan ialah melalui potongan gaji daripada setiap pegawai dan kakitangan kerajaan, penyerahan terus kepada urusetia atau melalui arahan tetap bank dan sebagainya.

 

Kesemua hasil kutipan akan disalurkan untuk menampung perbelanjaan projek-projek pembinaan masjid baharu, tambahan bangunan dan pemuliharaan di bawah Rancangan Penggunaan Kutipan Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid NBD.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48