FacebookInstagramTwitterContact

 

Exercise Helps Improve Gut Diversity, According To A New Study           >>           6 Amazing Health Benefits From Regularly Drinking Linden Tea           >>           Study Finds Link Between Abnormal Potassium Levels And An Increased Risk Of Heart Failure           >>           AT&T deal will make every phone a satellite phone           >>           Sony’s new smartphone could entice shutterbugs away from Apple and Google           >>           OpenAI strikes deal to put Reddit posts in ChatGPT           >>           Meta's Threads gets its own Tweetdeck clone           >>           Alexia Putellas Set To Stay At Barcelona With New Deal – Sources           >>           France Coach Deschamps Includes Kanté, Barcola In Euro Squad           >>           Nashville SC Fires Gary Smith, Only Coach In Team History           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Program Zahirkan Rasa Syukur Pencapaian NBD


 


 March 2nd, 2023  |  07:28 AM  |   232 views

BERAKAS

 

Sebagai tanda semangat patriotik dan cintakan tanah air Negara Brunei Darussalam (NBD) serta bagi menzahirkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas mencapainya 39 Tahun Kemerdekaan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini, mengadakan Semarak Hari Kebangsaan NBD Ke-39 anjuran KHEU bertempat di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini.

 

Semarak Hari Kebangsaan NBD Ke-39 anjuran KHEU itu bertujuan bagi sama-sama meraikan dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke-39 Tahun dalam kalangan warga KHEU serta mengeratkan kerjasama dan integriti warga KHEU serta jabatan-jabatan di bawahnya.

 

Majlis dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap KHEU, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.

 

Acara pada pagi itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Awang Mohd. Ihtifazhuddin bin Suhaili diikuti dengan nyanyian Lagu Kebangsaaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

 

Majlis diteruskan dengan ucapan sekapur sirih oleh Pengarah Pengajian Islam, Awang Haji Shamshol bin Haji Omar juga selaku Pengerusi Bersama Majlis Semarak Hari Kebangsaan NBD Ke-39.

 

Dalam ucapannya, Awang Haji Shamsol berkata, Majlis Semarak Hari Kebangsaan Ke-39 mengetengahkan konsep 'Ristaan Kemerdekaan' dalam Sesi Bual Bicara yang akan menelesuri  perjalanan sejarah tanah air melalui episod-episod bersignifikan yang disampaikan oleh Pengetua Pusat Sejarah Brunei (PSB), Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

 

Menurutnya, ia diharap akan dapat memberikan impak kefahaman tentang pembentukan jati diri dan identiti bangsa berteraskan falsafah Melayu Islam Beraja yang dirakamkan dalam sejarah NBD.

 

Melalui Episod-episod Bersignifikan tersebut telah dapat membentuk satu rupa bangsa Brunei yang sejati lagi pratik dan dinamik sebagai lambang maruah negara.

 

Acara kemuncak majlis ialah sesi bual bicara bertajuk 'Menyusuri Sejarah Tanah air : Episod-episod Bersignifikan' yang disampaikan oleh Pengetua PSB, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr. Haji Muhammad Hadi.

 

Antara tajuk yang disentuh dalam sesi bual bicara tersebut ialah mengenai 'Sejarah Pembentukan Perlembagaan', 'Penandatanganan Perjanjian Perlembagaan Negeri Brunei', 'Cabaran Kemerdekaan' dan beberapa peristiwa penting sehinggalah Brunei mencapai kemerdekaan penuh pada 1 Januari 1984.

 

Majlis turut diserikan dengan Persembahan Puisi bertajuk 'Merdeka Aman Tenteram' disampaikan oleh mahasiswi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dayang Sinnadatul Bibiana binti Ali.

 

Sejurus itu, persembahan Kalam Jamaie bertajuk, 'Ilmu Sebagai Asas Menjayakan Wawasan Brunei 2035' dibawakan oleh Pelajar-pelajar Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS).

 

Dalam persembahan tersebut, para pelajar turut memetik beberapa rangkap dari Syair Perlembagaan Negeri Brunei, yang antaranya ada menyebutkan tentang kepentingan menuntut ilmu sebagai asas untuk kehidupan rakyat yang sempurna dan kunci kepada kemajuan dan pembangunan negara dan kemudiannya diteruskan dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah oleh mahasiswa KUPU SB.

 

Acara seumpama itu diharap akan dapat menyuntik semangat patriotik dan menyemai semangat cintakan tanah air melalui aktiviti-aktiviti kenegaraan serta membangun minda disamping meningkatkan nilai-nilai hidup bermasyarakat, beragama dan bernegara khususnya dalam kalangan warga KHEU dan masyarakat amnya.

 

Majlis dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan KHEU, belia-belia masjid dan Program Keugamaan Belia, KHEU, mahasiswa dan Mahasiswi KUPU SB dan para pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan sekolah-sekolah Arab.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Bone Found During Missing Japan Steel Worker Search

 2024-05-17 10:38:05

China's Nio Unveils Tesla Model Y Rival

 2024-05-17 10:35:15