Home > Bahasa Melayu
Budayakan Pembacaan Al-Quran Pegawai, Kakitangan HSSB
March 3rd, 2023 | 11:56 AM | 118 views
BELAIT
Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Hospital Suri Seri Begawan (HSSB) hari ini, bertempat di Surau, HSSB, Kuala Belait.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tingkat Khas, Jabatan Perubatan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Khalid As'ari bin Haji Azahari.
Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Ketua Guru Agama, HSSB, Mohd Ali Omar bin Haji Mohd Yusof.
Acara diteruskan lagi dengan bacaan Takhtim oleh pegawai dan kakitangan HSSB dan disudahi dengan bacaan Doa Khatam.
Majlis tersebut adalah salah satu kesinambungan aktiviti keugamaan yang dirancang sempena Sambutan 50 Tahun HSSB memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Daerah Belait.
Tujuan majlis berkenaan diadakan adalah untuk membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kalangan pegawai dan kakitangan yang berugama Islam di HSSB selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan HSSB, Kuala Belait.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]