FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


PMKS Berperanan Penting Memacu Ekonomi Negara


 


 March 3rd, 2023  |  12:34 PM  |   201 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sebagai komitmen negara ke arah Perubahan Iklim, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan Negara Brunei Darussalam (NBD) untuk menjadi Tuan Rumah bagi Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Centre for Climate Change) yang akan menempatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara untuk menjalankan kegiatan penyelidikan, berkaitan dengan perubahan iklim.

 

 Ini selaras dengan Dasar Perubahan Iklim Negara, pada mana satu direktif, Inventori Karbon menggunakan Centralised Inventory System, akan diperkenalkan dalam usaha negara melaksanakan pemantauan dan mengesahkan data gas rumah hijau secara telus, konsisten dan tepat.

 

Bertitah semasa Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis di sini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya menambah, dengan maklumat tersebut, pada penghujung tahun 2023, pelan kebangsaan adaptasi perubahan iklim akan dirangka sebagai usaha penyelarasan dan penyesuaian dengan perubahan iklim.

 

Menyentuh mengenai Bidang Ekonomi baginda bertitah, mengikut Laporan Ringkasan Annual Census of Enterprises 2021 yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik bagi tahun 2020, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) membentuk 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan aktif di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2020.

 

 Dengan demikian titah baginda lagi, peranan PMKS adalah sangat penting dalam menggiatkan ekonomi negara, dan dengan itu, persekitaran perniagaan, harus pula terus diperbaiki untuk menggalakkan lebih ramai lagi usahawan untuk menceburi bidang perniagaan dan perusahaan, serta menggalakkan perusahaan-perusahaan yang sedia ada untuk terus berkembang. PMKS juga perlu berani merebut peluang bagi mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara, kerana ini akan menghasilkan 'high-value add' kepada ekonomi negara.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah, pihak Darussalam Enterprise (DARe) telah dan akan terus menyediakan skim bantuan dan program latihan serta khidmat nasihat untuk dimanfaatkan sepenuhnya oleh PMKS.

 

DARe juga telah titah baginda, memudah cara beberapa projek strategik di berbagai sektor utama (priority sectors) yang dikenal pasti seperti sektor agrimakanan dan sektor pembangunan bagi meningkatkan persekitaran kondusif ke arah menjana lebih banyak aktiviti perekonomian yang mendukung sara diri dan berorientasikan eksport.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47