FacebookInstagramTwitterContact

 

UCLA: Police Clear Out Pro-Palestinian Encampment And Detain Protesters           >>           Kenya Appoints First Woman Air Force Head           >>           Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote           >>           National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Fokus Isu Utama Yang Strategik, Cari Jalan Penyelesaian


 


 March 3rd, 2023  |  12:37 PM  |   216 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang baharu dilantik, diharap akan dapat menunaikan tanggungjawab dengan ikhlas bagi memberikan apa jua pandangan serta bersikap terbuka dengan anak buah ketika mendapatkan pendapat dan maklum balas daripada mereka masing-masing.

 

Begitu juga ketika membahas sesuatu perkara, sikap ini juga penting, sambil pemikiran jangan lari dari mencari impak positif untuk negara. Inilah masanya untuk berbincang tanpa terikat dengan syarat-syarat yang merugikan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 MMN, yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya bertitah, semua ahli hendaklah berfikiran terbuka tetapi bebas daripada sebarang pengaruh luar kerana tidak mahu sebarang anasir mungkin mencemari kemurnian Calak Brunei kita.

 

“Secara khusus, beta juga berharap supaya Ahli-ahli Majlis dari kalangan Orang-Orang Bergelar, yang mempunyai pengalaman luas, akan dapat menjadi teladan terbaik dalam menyuarakan isu-isu yang berbentuk strategik. Manakala perkara-perkara yang bersifat operasi dan taktikal bolehlah dibincangkan bersama agensi-agensi yang berkenaan di luar Dewan Majlis dari masa ke semasa," titah baginda lagi.

 

 Menurut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia lagi, sangat penting diambil kira ialah cabaran untuk meningkatkan hasil kerajaan baginda dan dalam masa yang sama, perbelanjaan yang akan dibahas dan diluluskan dalam Mesyuarat MMN nanti akan benar-benar memberi impak positif kepada negara dan rakyat tanpa terlalu banyak membebankan kerajaan baginda.

 

Pada mengakhiri titah, Kebawah DYMM menekankan agar Ahli-ahli Majlis supaya akan dapat menggunakan persidangan di sini dengan sebaiknya, dengan membentangkan isu-isu utama yang strategik dan penting, serta sama-sama memberikan buah fikiran dan mencari jalan-jalan penyelesaian yang berpatutan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47