FacebookInstagramTwitterContact

 

Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>           Registration for Brunei-Cambridge Examinations for October/November           >>           Mandatory Replacement of Electricity Prepaid Meters           >>           How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Lawatan Muhibah Kukuhkan Hubungan Silaturahim


 


 March 4th, 2023  |  08:32 AM  |   108 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai 68 Ahli Pertubuhan WARGAMAS yang diketuai oleh Yang Dipertua Pertubuhan WARGAMAS, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Mohd. Don mengadakan Lawatan Muhibah Silaturahim ke Bintulu Sarawak, Malaysia, baru-baru ini.

 

Turut serta dalam rombongan tersebut, Ahli Penasihat Pertubuhan WARGAMAS, Dato Seri Setia Awang Haji Metusin bin Haji Baki.

 

Program lawatan tersebut telah diuruskan oleh Ketua Biro Lawatan, Pertubuhan WARGAMAS, Pengiran Haji Chuchu bin Pengiran Haji Wahab dan Naib Yang Di-Petua Pertubuhan WARGAMAS (Belait), Abang Mustafa bin OKPS DiRaja Abang Haji Abu Hanifah selaku Fasiltator Lawatan di mana mereka berhubung terus kepada Executive Chairman, Minetech Resource Berhad, Pengiran Dato Haji Daud bin Pengiran Haji Petra dan juga Pengerusi Executive ADAP 40RTY, Bintulu, Sarawak.

 

Pertubuhan WARGAMAS Negara Brunei Darussalam juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Masjid Asyakirin Bintulu, Pusat Perkhidmatan Warga Emas dan Monanie Family Enterprise.

 

Rombongan juga diraikan dalam acara Malam Ramah Mesra Makan Malam oleh Pengiran Dato Haji Daud selaku tuan rumah.

 

Hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undang Negeri N67 Jepak, Yang Berhormat Datuk Haji Talip Zulpilip; Yang Dihormati Temenggong; Yang Dihormati Pemancha; Pengerusi PITSA dan Pengerusi PPWE.

 

Rombongan dipersembahkan dengan tarian tempatan dan bermukun yang sangat memeriahkan suasana.

 

Yang Dipertua Pertubuhan WARGAMAS menjelaskan bahawa tujuan lawatan adalah untuk mengisi rancangan lawatan muhibah Pertubuhan WARGAMAS di luar negeri.

 

Selain itu juga untuk mengambil pengalaman dan menimba ilmu serta mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah Ahli-ahli Pertubuhan WARGAMAS dengan pusat lawatan negara jiran iaitu Bintulu, Sarawak selain dari mengucapkan penghargaan terima kasih atas layanan yang diberikan.

 

Berucap dalam Majlis Ramah Mesra Makan Malam, Pengiran Dato Haji Daud bin Pengiran Haji Petra selaku tuan rumah juga menghargai lawatan yang dapat menjalin hubungan silturahim, ukhuwan yang sangat tinggi nilainya dan berharap semoga hubungan tersebut akan berterusan dengan mewujudkan perpaduan di antara Bintulu, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07