FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


​ Jabatan Buruh Perkenal NLMS


 


 March 4th, 2023  |  08:43 AM  |   172 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) akan memperkenalkan National Labour Management System (NLMS) bagi menggantikan sistem berkaunter di jabatan berkenaan bagi memudahkan orang ramai dan agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Buruh menghadapkan permohonan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Buruh seperti permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) dan Lesen Perkhidmatan Domestik (LPD) secara dalam talian (online).

 

Pelaksanaan sistem baharu ini nanti akan dilaksanakan secara berfasa iaitu untuk memastikan pelaksanaanya dapat berjalan dengan baik dan teratur.

 

Pendaftaran ke atas NLMS akan mula dibukakan kepada majikan yang memegang LPA dan LPD bermula Sabtu, 1 April 2023.

 

Tatacara menggunakan sistem ini adalah seperti berikut iaitu bagi pendaftaran akaun, majikan yang sudah mempunyai LPA atau LPD hendaklah membuat pendaftaran melalui laman sesawang 'nlms.gov.bn' dengan melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan iaitu maklumat keterangan diri sepertimana dalam Kad Pengenalan Pintar dan memberikan nombor telefon dan alamat e-mel yang aktif bagi memudahkan perhubungan dan pengesahan.

 

Manakala bagi orang ramai dan majikan baharu yang belum mempunyai LPA atau LPD hendaklah juga membuat pendaftaran.

 

Seterusnya, pengesahan Maklumat Keterangan Pemohon, Lesen Syarikat, LPA dan LPD.

 

Bagi majikan yang sudah mempunyai LPA atau LPD, majikan akan dihubungi oleh Jabatan Buruh pada waktu pejabat bagi tujuan pengesahan maklumat yang dimasukkan dan para majikan adalah dinasihatkan untuk memastikan maklumat yang berkenaan adalah tersedia untuk dirujuk iaitu nombor pendaftaran ROCBN, nombor PJB (nombor LPA atau LPD) dan nama syarikat bagi memudahkan proses pengesahan.

 

Bagi orang ramai atau majikan baharu yang belum mempunyai LPA atau LPD, mereka juga akan dihubungi bagi pengesahan maklumat dan pautan (link) akan dihantar melalui e-mel bagi membolehkan mereka mengaktifkan akaun dan membuat sebarang permohonan dalam talian.

 

Setelah menerima panggilan dari Jabatan Buruh, majikan akan menerima pautan (link) melalui e-mel untuk mengaktifkan akaun. Para majikan adalah dikehendaki untuk mengemaskini butiran-butiran sepertimana yang dikehendaki di dalam NLMS.

 

Bagi pengesahan maklumat syarikat, LPA dan LPD, majikan hanya akan boleh menggunakan NLMS bagi membuat sebarang permohonan secara dalam talian setelah butiran-butiran yang telah dikemaskinikan disahkan oleh Jabatan Buruh.

 

Jabatan Buruh sukacita mengingatkan kepada majikan-majikan yang memiliki lebih daripada satu LPA dan telah melantik Pemegang Kad Urusan untuk menguruskan syarikat masing-masing untuk didaftarkan ke dalam NLMS.

 

Manakala bagi majikan yang belum melantik wakil syarikat, hendaklah menghadapkan permohonan untuk melantik wakil syarikat melalui NLMS.

 

Maklumat mengenai tatacara pendaftaran ke atas NLMS, boleh diperolehi melalui laman sesawang Jabatan Buruh 'www.labour.gov.bn' dan bagi sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi ke talian +673 2382678 /  +673 2380256/ +673 2381907/ +673 2383905/ +673 2383006.

 

Kiosk-kiosk khas juga akan disediakn di kaunter, ruang legar Jabatan Buruh bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pendaftaran dengan mendapat bantuan dari pihak jabatan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07