FacebookInstagramTwitterContact

 

Rains in southern Brazil kill at least 39, some 70 still missing           >>           More migrant dinghies cross Channel to England despite Rwanda threat           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           House Collapse Incident           >>           Visit to the Republic of Singapore           >>           Tahfiz Al-Quran Institute Higher Diploma Studies Enrolment           >>           Library Professionals Workshop           >>           Revolutionary AI for Property Valuation Seminar           >>           Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Tingkatkan Pengetahuan Literasi Bahasa Secara Umum


 


 March 4th, 2023  |  08:45 AM  |   167 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seramai lapan Ahli Persatuan PEMBELA telah mewakili Negara Brunei Darussalam (NBD) selaku delegasi bagi menyertai dan menghadiri International Minangkabau Literacy Festival 2023 yang dianjurkan oleh Satu Pena Sumbar dan Yayasan Sumbar Talenta Indonesia bermula 22 Februari 2023 sehingga 27 Februari 2023 bertempat di Sumatera Barat, Indonesia.

 

Acara tertumpu di Pusat Pengembangan Sumber Daya Manusia, Baso, Kabupaten Agam di Padang Panjang dengan bertemakan 'Building Synergy in Developing Socio-Cultural Compentence in the Era of Globalization'.

 

Penyertaan Persatuan PEMBELA kali ini telah mendapat sokongan padu dari pelbagai agensi seperti Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Belia dan Sukan dan Bahagian Kebudayaan dan Kesenian termasuk sokongan tajaan dari Alumni Veteran Persatuan PEMBELA dan Syarikat Ainul Mardhiah.

 

Rombongan diketuai oleh Yang Dipertua Persatuan PEMBELA, Atikah Rumaizah binti Dr. Haji Harun manakala peserta-peserta yang lainnya adalah terdiri dari pemimpin persatuan serta belia dan beliawanis yang berumur di antara 19 tahun hingga 32 tahun.

 

Turut menyertai rombongan ialah Mohd. Eddey Putera bin Moksin, Haji Roslan bin Haji Hamdan, Muhd. Faiz bin Arman, Shadyzam bin Samahli, Nurul Atikah binti Zaini, Emelda anak Joseph dan Nur Nasuha binti Rosdin.

 

Selain mengenali bahasa Minangkabau dan menyaksikan pameran buku serta galeri seni termasuk menyertai diskusi buku bersama penulis-penulis dari beberapa buah negara, peserta-peserta juga telah berpeluang mengikuti tiga Parallel Discussion Session yang dibahagikan kepada tiga tajuk iaitu 'Bahasa dan Sastra dan Era Digitalisasi', 'Literasi Budaya Minangkabau dalam Perspektif Sejarah' dan 'SDM (Sumber Daya Manusia) Unggul Melalui Budaya Literasi'.

 

Semasa sesi perbincangan selari yang telah disampaikan oleh panel-panel jemputan, perkongsian bagi setiap tajuk telah membuka minda para peserta mengenai kepentingan literasi bahasa secara umum beserta gerakan-gerakan yang dapat membudayakan kegiatan literasi di seluruh daerah Sumatera Barat.

 

Pengalaman dan perlaksanaan dari pihak kerajaan termasuk pelbagai organisasi di Sumatera Barat telah memberi inspirasi dan ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam kalangan belia-belia untuk mengungkayahkan kegiatan-kegiatan seumpamanya yang boleh menyokong program atau aktiviti belia ke arah memantapkan budaya literasi terutama dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu apabila kembali ke NBD.

 

Rombongan dari Persatuan PEMBELA juga telah berkesempatan untuk mempersembahkan deklamasi puisi yang berjudul 'Bangsa Ku Bahasa Ku' di Panggung Rakyat pada 25 Februari 2023 bersama delegasi dari NBD dan 10 buah negara lain seperti Malaysia, Indonesia, Rusia, Australia, Argentina, India, Bangladesh, Sepanyol dan beberapa provinsi di Indonesia seperti Sumatera Barat, Sumatera Selatan, Palembang dan Kalimantan.

 

Puisi yang dipersembahkan mengandungi rangkap-rangkap bahasa yang digunakan oleh penduduk di NBD iaitu dari tujuh Puak Jati Brunei termasuk bahasa dari Kaum Iban dan Bangsa Inggeris yang menunjukkan simbol keharmonian pelbagai bangsa yang bermastautin di negara ini di samping usaha berterusan anak tempatan dalam memartabatkan bahasa Puak Jati Brunei yang harus dikekalkan oleh semua lapisan masyarakat.

 

Para perwakilan juga mengenakan pakaian tradisi dan kebudayaan Puak-puak Jati Brunei.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07