FacebookInstagramTwitterContact

 

Sydney Sweeney Is Unrecognizable With Black Fringe Hair Transformation           >>           Gabrielle Union And Dwyane Wade's 2024 Met Gala Date Night Was A Total Slam Dunk           >>           How to watch NASA's first Boeing Starliner crewed flight launch today           >>           How To Watch Apple's Ipad Launch Event On Tuesday           >>           What To Expect At Google I/O 2024: Gemini, Android 15 And More           >>           Proton's New Password Monitor Update Will Scour The Dark Web On Your Behalf           >>           Manchester United's Fernandes Misses First Club Match In Career Due To Injury           >>           Struggling Udinese Grab Last-Gasp Home Draw Against Napoli           >>           The Incredible New Chapter In Melbourne Derby History           >>           Roque Unhappy With Game Time, Could Leave Barcelona – Agent           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Terima 800 Pelancong Oceania Nautica


 


 March 4th, 2023  |  08:59 AM  |   231 views

MUARA

 

Kapal Pesiaran Oceania Nautica yang membawa kira-kira seramai 800 orang penumpang bersama anak kapalnya yang berlepas dari Cape Town, Afrika Selatan selamat tiba di Pelabuhan Muara, tengah hari tadi.

 

Bukan itu sahaja, Negara Brunei Darussalam (NBD) juga akan menerima kapal Seventh Seas Mariner yang dijangka singgah ke negara ini, pada 5 Mac 2023.

 

Ini bererti sebanyak enam buah kapal persiaran dijangka akan singgah di Pelabuhan Muara sebagai titik permulaan tahun 2023.

 

NBD mengalu-alukan kedatangan semula kapal persiaran setelah sektor pelancongan pelayaran terhenti sejak perlaksanaan perjalanan COVID-19 tersekat pada tahun 2020 dan kapal persiaran terakhir yang membuat persinggahan di negara ini ialah kapal Genting Dream dengan membawa seramai 1,526 orang penumpang pada bulan Julai 2019.

 

Berdasarkan kepada statistik yang dikumpul oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan (JKP) antara tahun 2016 dan tahun 2020, lebih daripada 46,000 orang penumpang kapal persiaran, dengan sejumlah 61 panggilan pelayaran ke negara ini.

 

Jumlah penumpang kapal persiaran yang dijangka tiba ke NBD pada tahun ini ialah seramai 10,127 orang.

 

Dalam hal berkenaan, JKP sedang bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik di Pusat Kapal Persiaran dan rangkaian pengangkutan untuk menyokong pembangunan sektor kapal persiaran.

 

Dalam masa yang sama, kedatangan pelancong melalui kapal persiaran berkenaan dijangka dapat membangunkan semula industri pelancongan di negara ini.

 

Sementara itu, pasangan Encik Terry dan Puan Louisette dari Jerman semasa ditemu bual melahirkan perasaan gembira kerana berpeluang singgah ke negara ini walaupun dalam jangka masa yang terhad.

 

Mengikut pengalaman mereka, NBD secara keseluruhannya adalah sebuah negara yang bersih malah warga dan penduduk di negara ini sangat bersopan santun.

 

Mereka katanya, berpeluang untuk meninjau dan menyaksikan secara lebih dekat keindahan Bandar Seri Begawan di samping berkunjung ke pusat membeli belah, iaitu Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, yang terletak di ibu negara.

 

Justeru itu, mereka berhajat untuk kembali lagi ke negara ini jika diberikan peluang untuk menyertai pelayaran menerusi kapal persiaran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Lok Sabha Elections 2024: Millions Brave Searing Heat To Vote In India

 2024-05-07 09:03:38

How Quantum Physics Could 'Revolutionise Everything'

 2024-05-07 09:46:30