FacebookInstagramTwitterContact

 

An Evidence-Based Guide To Brain Foods That Improve Memory And Focus           >>           Scientists Look At The Anti-Diabetes Potential Of Rhaponticum Acaule Essential Oil           >>           Stand Up Every Now And Then: Sitting In Front Of A Desk For Hours On End Increases Your Risk Of Type 2 Diabetes           >>           Dream Chaser Space Plane Arrives In Florida Ahead Of 1st Launch To ISS (Photo)           >>           Sonos Ace Headphones Hands-On: Joining Your Home Theater Setup With The Push Of A Button           >>           Microsoft teams up with Khan Academy to make the Khanmigo AI teaching assistant free           >>           The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


1.9 Bilion Orang Dewasa Dikategorikan Obesiti


 


 March 4th, 2023  |  09:21 AM  |   250 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hari Obesiti Sedunia ialah hari tindakan bersatu yang disambut pada 4 Mac oleh Persekutuan Obesiti Sedunia untuk meningkatkan kesedaran tentang masalah obesiti yang semakin meningkat di seluruh dunia.

 

Tema yang dipilih pada tahun ini adalah 'Mengubah Perspektif: Mari Kita Berbicara Mengenai Obesiti'.

 

Masalah obesiti (kegemukan) berkait rapat dengan pelbagai penyakit tidak berjangkit seperti kanser, penyakit kardiovaskular dan diabetis.

 

Perkara berkenaan dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam perutusan sempena Sambutan Hari Obesiti Sedunia 2023 pada 4 Mac 2023.

 

Menurut Yang Berhormat, di Negara Brunei Darussalam (NBD), kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa adalah di antara yang paling tertinggi di rantau ini; dengan hampir tiga daripada 10 orang dewasa didapati obes menurut Kajiselidik Penyakit Tidak Berjangkit 2016.

 

Manakala tambah Yang Berhormat, Kajiselidik 'Global School-based Health Survey (GSHS)' 2019 menunjukkan kadar obesiti dalam kalangan remaja yang berumur 13 hingga 17 tahun pula adalah 18.1 peratus.

 

Saringan kesihatan yang dijalankan oleh Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Kementerian Kesihatan dalam kalangan para pelajar di seluruh negara terang Yang Berhormat, juga mendapati kadar obesiti dalam kalangan para pelajar Tahun 1, Tahun 4 dan Tahun 7 dalam tempoh masa 10 tahun kebelakangan adalah di antara 17 peratus ke 19 peratus.

 

“Jika masalah obesiti ini tidak dibendung dari awal, trend ini akan terus meningkat dan kanak-kanak yang obes akan membesar menjadi dewasa yang obes dengan masalah kesihatan yang berkaitan.

 

“Di peringkat global pula, dianggarkan 1.9 bilion orang dewasa adalah obes, iaitu satu dalam empat orang dewasa yang obes pada tahun 2035.

 

“Kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak juga merisaukan kerana ia dianggarkan meningkat sebanyak 100 peratus di antara tahun 2020 dan 2035 nanti - jika tiada tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini," tegas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat seterusnya berkata bahawa Persekutuan Obesiti Sedunia menganggarkan kos perubatan di seluruh dunia untuk merawat pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan obesiti adalah sebanyak USD$4.32 trilion pada tahun 2035 kecuali jika usaha dalam menangani dan mengurangkan kadar obesiti dipergiatkan dan diperkukuhkan.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, terdapat beberapa faktor risiko menyebabkan kenaikan berat badan terjadi di sepanjang hayat, di antaranya ialah tidak mengamalkan penyusuan susu ibu; amalan pemakanan kanak-kanak yang dipengaruhi persekitaran; gaya hidup sedentari; tekanan emosi atau kewangan; dan gangguan tidur dan sebagainya.

 

Selain itu kata Yang Berhormat, obesiti juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan mental seperti kemurungan (depression); atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu seperti steroid, yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan yang berlebihan.

 

Namun demikian ujar Yang Berhormat, kita perlu mengubah persepsi mengenai obesiti sebagai masalah individu.

 

“Punca obesiti bukan satu, malah akibat pelbagai faktor. Oleh itu, selain daripada tindakan individu sendiri dan ahli keluarga, pendekatan bersepadu adalah diperlukan oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai sektor bagi sama-sama menangani dan membantut peningkatan kadar obesiti di negara kita.

 

“Justeru itu, saya ingin menekankan misi Hari Obesiti Sedunia, iaitu untuk kita semua meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai masalah dan tindakan bagi menangani obesiti; menggalakkan masyarakat bersama untuk menjadi penyokong (advocate) dalam mencegah dan mengawal obesiti; menggubal dan melaksana (di mana relevan) dasar-dasar berkaitan dengan obesiti bagi mengutamakan persekitaran yang sihat; dan berkongsi pengalaman bagi sama-sama menangani dan membantu mengurangkan kadar obesiti di peringkat negara, serantau dan juga di peringkat antarabangsa," kata Yang Berhormat.

 

Dari itu, Yang Berhormat mengajak kita sama-sama berbicara, berkongsi pengalaman dan memahami punca obesiti yang kompleks, supaya kita boleh mengambil tindakan yang berkesan untuk diri kita sendiri, masyarakat dan negara kita.

 

Yang Berhormat turut berkata bahawa perbicaraan juga boleh mengajar kita untuk mengetahui pengalaman seseorang atau masyarakat mengenai obesiti, seterusnya membantu dalam mengubah perspektif mengenai obesiti dan juga memberi inspirasi kepada orang lain.

 

Pada masa yang sama ujar Yang Berhormat, perbicaraan berkenaan juga boleh memberi tunjuk ajar dan mendorong kita untuk mengambil tindakan yang berkesan untuk memperbaiki kesihatan sendiri serta untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

 

“Saya ingin menarik perhatian orang ramai mengenai salah satu penyumbang punca obesiti, iaitu pemasaran produk makanan dan minuman yang tidak sihat.

 

“Alhamdulillah di negara kita, dasar untuk mengawal pemasaran makanan dan minuman yang tinggi gula, garam dan lemak kepada kanak-kanak mula dilaksanakan pada bulan Januari 2022.

 

“Dasar yang dikenali sebagai Kod Pemasaran Makanan dan Minuman yang Berhemah kepada Kanak-kanak, NBD adalah salah satu usaha Kementerian Kesihatan dalam menangani dan mencegah masalah obesiti di negara ini, khususnya dalam kalangan kanak-kanak," tambah Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat juga mengongsikan mengenai kajian telah membuktikan terdapat hubungan yang kompleks dan berkait rapat di antara sistem makanan, kesihatan dan pemasaran produk makanan dengan obesiti.

 

Oleh itu terang Yang Berhormat, semua pihak berkepentingan perlu prihatin akan perkara berkenaan dan mengambil pelbagai langkah yang berpatutan untuk memastikan kanak-kanak kita terpelihara daripada kesan pengiklanan yang tidak berhemah.

 

Industri makanan dan minuman kata Yang Berhormat mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku dan pilihan pengguna dengan menyediakan pilihan alternatif yang lebih sihat dan mampu diperolehi oleh semua.

 

“Kita semua mampu untuk membuat perubahan untuk diri sendiri dan anak-anak kita – dengan nasihat, motivasi dan perkhidmatan atau program yang bersesuaian.

 

“Kepada semua individu yang ingin mengambil langkah untuk membuat perubahan untuk mengurangkan berat badan atau ingin untuk menjadi lebih sihat, saya amat mengalu-alukan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari Pusat-pusat Kesihatan berdekatan.

 

“Alhamdulillah, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan ada menyediakan perkhidmatan Klinik Obesiti (bagi dewasa) di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha melalui rujukan dari Pusat-Pusat Kesihatan berdekatan," kata Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat juga berkata bahawa khidmat nasihat juga boleh diperolehi dari Pusat Promosi Kesihatan di kementerian ini, dengan dasar dan pelbagai program gaya hidup sihat boleh diungkayahkan bersama dengan penglibatan serta kerjasama institusi-institusi kerajaan dan swasta; industri-industri penjualan atau pengeluaran makanan dan minuman; tempat-tempat kerja; badan-badan bukan kerajaan; serta masyarakat awam secara umumnya, dalam sama-sama menangani dan mencegah masalah obesiti di negara ini.

 

“Marilah kita sama-sama bertanggungjawab dan tekad untuk membuat pilihan yang lebih sihat demi kesihatan diri sendiri. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 195 tafsirnya; “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan".

 

“InsyaaAllah, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkepentingan akan sentiasa dan terus komited dalam menangani masalah obesiti dengan meneliti dan melaksanakan pelbagai dasar berkaitan, mengadakan pelbagai program dan aktiviti promosi kesihatan untuk menggalakkan orang ramai bagi mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat demi untuk mengurangkan kadar penyakit tidak berjangkit dan juga untuk memastikan kualiti kehidupan kita dan anak-anak kita akan terus terjamin," ujar Yang Berhormat mengakhiri perutusannya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08