FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pastikan Perkhidmatan Ejen Pelancongan Yang Sah, Berdaftar


 


 March 5th, 2023  |  11:59 AM  |   138 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Jabatan Kemajuan Pelancongan adalah pengawal selia bagi ejen pelancongan di Negara Brunei Darussalam (NBD) iaitu seperti yang terkandung di dalam Akta Pelancongan, Bab 239.

 

Mana-mana syarikat atau individu yang menjalankan apa-apa jua aktiviti yang berkaitan dengan ejen pelancongan seperti yang terkandung di dalam Akta Pelancongan, Bab 239 tanpa lesen yang sah maka ia adalah menyalahi undang-undang di bawah Bahagian 11 (1), Akta Pelancongan, Bab 239.

 

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi BND10,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-keduanya sekali. Bagi kesalahan berterusan denda maksimum BND100 setiap hari boleh dikenakan di bawah akta yang sama.

 

Untuk makluman mana-mana syarikat yang berhasrat untuk mengendalikan sebarang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ejen pelancongan mestilah membuat permohonan ke Jabatan Kemajuan Pelancongan bagi mendapatkan lesen.

 

Seterusnya, bagi syarikat yang sudah berlesen dan bercadang untuk mengendalikan perkhidmatan haji ataupun umrah hendaklah mendapatkan kebenaran dari Jabatan Urusan Haji, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Jabatan Kemajuan Pelancongan ingin menasihatkan kepada orang ramai untuk hanya membuat urusan dengan ejen-ejen pelancongan yang berlesen bagi sebarang tempahan tiket, pakej percutian dan sebagainya sama ada di dalam ataupun luar negeri termasuk pakej haji dan umrah.

 

Pihak jabatan mengambil maklum buat masa ini terdapat aduan-aduan daripada orang ramai mengenai dengan syarikat-syarikat yang tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan pakej-pakej pelancongan sama ada di dalam atau luar negeri termasuk pakej umrah.

 

Jabatan Kemajuan Pelancongan akan sentiasa memantau mana-mana syarikat-syarikat yang yang menjalankan aktiviti-aktiviti ejen pelancongan tanpa lesen yang sah bagi menjaga kesejahteraan orang ramai.

 

Jabatan Kemajuan Pelancongan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat atau individu yang menjalankan aktiviti aktiviti ejen pelancongan tanpa lesen yang sah.

 

Sehubungan dengan ini, sukacita Jabatan Kemajuan Pelancongan ingin mengongsikan kepada orang ramai senarai ejen-ejen pelancongan terkini yang berlesen di bawah Jabatan Kemajuan Pelancongan di mana ia boleh didapati melalui laman sesawang 'www.tourism.gov.bn'.

 

Ejen-ejen pelancongan yang berlesen di bawah Jabatan Kemajuan Pelancongan setakat 4 Mac 2023 ialah Al-Braka Travel Sevices Sdn. Bhd; Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd.; Antara Travel and Tours; Anthony Tours and Travel Agency Sdn. Bhd.; Atika Arif Tours Sdn. Bhd.; AZ Back To Nature Travel and Tour Sdn. Bhd.; Balurih Travel Sdn. Bhd.; Bonasia Holiday Management Services Sdn. Bhd.; Borneo Trekker Travel Agency Sdn. Bhd.; Bruvacation Sdn. Bhd.; Continental Yachting Sdn. Bhd.; Darussalam Services Sdn. Bhd.; Dar El Ehsan Travel Sdn. Bhd.; El-Abqari Sdn. Bhd. dan Freme Travel Services Sdn. Bhd.

 

Seterusnya, Halim Tours and Travel Sdn. Bhd.; Hasa Incentives Sdn. Bhd.; Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn. Bhd.; JB Travel Agencies Sdn. Bhd.; J.J. Tour Services (B) Sdn. Bhd.; JSW Travel Services Sdn. Bhd.; Ken Travel and Trading Sdn. Bhd.; Lamisa International Tours and Travels Sdn. Bhd.; Mas Sugara Travel Services Sdn. Bhd.; Mikie Tourist and Travel Agent Sdn. Bhd.; Mustaqim Travel and Tours Sdn. Bhd. dan Oceanic Quest Sdn. Bhd.

 

Diteruskan dengan, Pan Bright Travel Services Sdn. Bhd.; PGGMB Travel Service Sdn. Bhd.; PJ Majestic Tours and Travel Sdn. Bhd.; Poni Groups Sdn. Bhd.; Raudah Al-Amin Sdn. Bhd.; Southern Cross Travel Agencies Sdn. Bhd.; Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd.; Sunshine Borneo Tours and Travel Sdn. Bhd.; Sky Travel and Tour Agency Sdn. Bhd.; Titian Travel and Tours Sdn. Bhd.; Travelhub Tours and Travel Sdn. Bhd. dan akhir sekali, Wing On Travel and Trading Sdn. Bhd.

 

Senarai ejen-ejen pelancongan tersebut akan sentiasa dikemaskinikan dan orang ramai digalakkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang yang disediakan.

 

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan ejen-ejen pelancongan orang ramai bolehlah menghubungi talian +673 2382805 / +673 2382803 di waktu pejabat ataupun berhubung melalui e-mel '[email protected]'.

 

Orang ramai juga boleh membuat aduan bagi ejen-ejen pelancongan yang disyaki tidak mempunyai lesen yang sah ditalian dan e-mel yang sama.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07