Home > Bahasa Melayu
Majlis Tahlil, Ramah Mesra Bersama Purih Mukim Saba
March 5th, 2023 | 12:03 PM | 163 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Lebih kurang 50 orang menghadiri Majlis Tahlil dan Ramah Mesra Bersama Purih Mukim Saba anjuran Ahli Jawatankuasa Tim Penyelidik dan Pemikir Sejarah Mukim Saba bersempena dengan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang tidak lama lagi pada tahun ini yang berlangsung di Bangunan Annajat, Beribi, baru-baru ini.
Majlis ini diadakan adalah bagi membaca Tahlil kepada keluarga besar Purih Mukim Saba yang telah kembali ke rahmatullah. Turut diselajurkan Majlis Ramah Mesra untuk merapatkan kembali hubungan keluarga Purih Mukim Saba.
Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Awang Haji Ramli bin Haji Ladis, diikuti dengan ucapan Pengerusi Majlis, Awang Haji Masri bin Haji Kambar juga selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penyelidik dan Pemikir Sejarah Mukim Saba.
Dalam ucapan tersebut, Pengerusi Majlis antara lain mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran Purih Mukim Saba dan menyentuh serba sedikit mengenai 'Sejarah dan Sumbangan Orang-orang Mukim Saba Dalam Pemerintahan Kesultanan Pada Zaman Dahulu' terutama bagaimana ketaatsetiaan mereka kepada raja, ugama dan mempertahankan negara sehingga sanggup bergadai nyawa sehingga ke titisan darah terakhir mereka.
Acara turut isikan dengan tayangan video mengenai sejarah Mukim Saba dan aktiviti yang telah diungkayahkan oleh jawatankuasa ini dan lainnya.
Kemudian diteruskan, acara Tahlil dan Doa Selamat yang telah dibacakan dan diketuai oleh Haji Ramli bin Haji Ladis. Acara diakhiri dengan jamuan, klip video pasukan lumba perahu Mukim Saba dan PERKASA.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]