Home > Bahasa Melayu
Bersama Tingkatkan Tabung Darah Negara
March 5th, 2023 | 12:05 PM | 178 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah di beberapa tempat di negara ini dan dibukakan bagi penyertaan orang ramai.
Kempen-kempen derma darah tersebut akan diadakan pada Isnin, 6 Mac 2023 dari pukul 9.00 hingga 11.30 pagi dan 1.30 hingga 3.00 petang bertempat di McDonald's Lambak anjuran McDonald's Brunei.
Seterusnya pada Selasa, 7 Mac 2023 dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Aras Bawah, One City Shopping Complex, anjuran Kementerian Pendidikan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2023.
Sementara itu, pada Rabu, 8 Mac 2023 dari pukul 9.00 hingga 11.30 pagi, kempen derma darah akan diadakan di Aras Bawah, Bangunan I-Centre Anggerek Desa anjuran Darussalam Enterprise.
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]