FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pupuk Sikap Kerjasama Dalam Kalangan Pelajar


 


 March 5th, 2023  |  12:49 PM  |   144 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Program Aktiviti Kerja Berpasukan bagi Pelajar-pelajar Tahfiz Peringkat Menengah, Tahun 8, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) berlangsung hari ini bertempat di pekarangan depan Blok Pentadbiran institut berkenaan.

 

Program ini dianjurkan oleh mahasiswa dan mahasiswa Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (Pra-Perkhidmatan dan Latihan Dalam Perkhidmatan) Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang dikelolakan oleh Pusat Ilmu Teras di bawah Program Kursus Pengurusan Kokurikulum, Semester 2, 2022 / 2023.

 

Dalam pada itu, program ini adalah sebahagian daripada tugasan wajib para mahasiswa dan mahasiswi dan dikehendaki untuk mengelola, mengurus dan seterusnya melaksanakan satu program kokurikulum sebagai pendedahan awal terhadap tatacara pelaksanaan aktiviti yang akan dihadapi suatu hari nanti.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pengetua ITQSHHB, Pengiran Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit. Turut hadir, pegawai-pegawai, guru-guru ITQSHHB dan ahli-ahli jawatankuasa.

 

Aturcara program ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Awang Muhd. Azim bin Haji Baha selaku Pengerusi Progam Aktiviti 'Kerja Berpasukan', diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada tetamu kehormat majlis dan perasmian program.

 

Seterusnya, penerangan aktiviti, pembahagian pelajar kepada kumpulan masing-masing dan aktiviti Kerja Berpasukan dimulakan.

 

Program Kerja Berpasukan ini melibatkan seramai 30 pelajar yang terdiri daripada pelajar peringkat menengah Tahun 8L-1 Al-Imam Ibnu 'Aamer dan Tahun 8L-2 Al-Imam Al-Bukhari dan mereka telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Kumpulan Bakarih, Kumpulan Bajarih, Kumpulan Balurih dan Kumpulan Badikari.

 

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut ialah seperti Lead The Way, Invention Time, Flying Pen, Memory Chain dan Tower Building.

 

Program juga diteruskan dengan penyampaian hadiah serta sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat yang disempurnakan oleh Pensyarah KUPU SB, Awang Mohammad Amirol bin Abdul Rahim dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

 

Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar agar matang dalam menangani cabaran, memupuk sikap kerjasama, melatih pelajar membuat keputusan dan penyelesaian masalah secara berkumpulan.

 

Selain itu, dalam kalangan jawatankuasa pengendali dan pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, mengasah bakat kepimpinan untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dan dapat mewujudkan nilai-nilai kepimpinan dalam kalangan generasi muda yang intelek, proakitf, berkualiti, berdisiplin, berdaya tahan dan berinovasi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07