Home > Bahasa Melayu
18 Pain Darah Berjaya Dikutip
March 5th, 2023 | 12:51 PM | 158 views
SENGKURONG
Sebanyak 18 pain darah berjaya dikutip pada Majlis Derma Darah sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-39 Tahun yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, di sini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Jerudong 'A', Awang Nazmi bin Haji Abu Bakar dan Pemangku Ketua Kampung Jerudong 'B', Awang Kamis bin Panjang.
Majlis anjuran MPK Jerudong 'A' dan Jerudong 'B' yang dikendalikan oleh Jerudong Park Medical Centre (JPMC) berkenaan antara lain bertujuan untuk membantu tabung derma darah negara dan untuk membarigakan kepada penduduk-penduduk kampung supaya berminat kepada menderma darah, selain untuk membantu orang yang memerlukan darah tambahan kelak.
Juga hadir, ahli-ahli MPK dan penduduk-penduduk kampung daripada Kampung Jerudong 'A' dan Kampung Jerudong 'B'.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]