FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sambutan Israk, Mikraj Terus Bersemarak


 


 March 5th, 2023  |  12:54 PM  |   190 views

PULAIE

 

Peristiwa agung Israk dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan terus menjadi iktibar bagi semua umat Islam sepanjang hayat sekali gus sebagai menandakan keimanan kita terhadap mukjizat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala ini.

 

Sebagai memperingati peristiwa ini, Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu (KI) juga mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1444H / 2023M yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kampung Pulaie.

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi, isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi II Kumpulan berkenaan.

 

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai yang dipimpin oleh Datin Hajah Nahriah.

 

Acara majlis diserikan lagi dengan ceramah ugama bertajuk, 'Iktibar Dari Peristiwa Israk dan Mikraj kepada Wanita' disampaikan oleh penceramah PDI, Dayang Norhayati binti Haji Abdul Rahman.

 

Dalam ceramahnya, Dayang Norhayati menjelaskan banyak pengajaran yang diceritakan menerusi perjalanan Israk Mikraj itu dan salah satu peristiwa yang diperlihatkan kepada Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah suasana dalam neraka.

 

Baginda memberitahu sewaktu melihat suasana neraka, majoriti penghuninya terdiri daripada golongan wanita dan ia ada diriwayatkan dalam sebuah hadis.

 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." - (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim).

 

Dayang Norhayati seterusnya mengongsikan, sebab utama majoritinya adalah kerana wanita yang juga seorang isteri sering mengingkari dan mengkufurkan kebaikan suami mereka.

 

Namun demikian tambahnya, bukan itu sahaja yang menjadi faktor golongan wanita yang ramai terjerumus ke neraka, malah juga banyak sebab lain seperti tidak menunaikan sembahyang lima waktu, tidak menjalankan amanah, tidak mengawal lidah, berlaku khianat, derhaka dan banyak lagi perbuatan yang berunsurkan maksiat.

 

Oleh itu, beliau menggesa golongan wanita untuk memperbanyakkan doa kepada Allah Subhanahu Wata'ala untuk memohon perlindungan dari Allah di samping memupuk keimanan dengan mengamalkan isi kandungan yang ada dalam kitab Al-Quran sebagai pegangan hidup.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr' beramai-ramai diikuti dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Dayang Hajah Azizah binti Haji Mohamad, isteri Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu juga berkesempatan membuat lawatan ke Dewan Pameran PDI.

 

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan kumpulan berkenaan bagi memperingati dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku semasa Israk dan Mikraj di samping mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli-ahli.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07