FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>           Improve Standard of Living           >>           Brunei International Wushu Championship           >>           Educational Intervention Programme Briefing           >>           Conversion Ceremony           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Teroka Tawaran Program Akademik Di KUPU SB


 


 March 5th, 2023  |  12:56 PM  |   222 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hari Terbuka, Studi di Kolej Unversiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ini memberikan pendedahan kepada orang ramai secara umumnya mengenai KUPU SB sebagai sebuah kolej universiti yang berfokuskan kepada bidang perguruan ugama di Negara Brunei Darussalam.

 

Selain itu, Hari Terbuka selama dua hari itu diharap dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar secara khususnya untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai program-program akademik yang ditawarkan di KUPU SB.

 

Tambahan lagi, ia merupakan wadah bagi para mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB untuk mempamerkan kegiatan-kegiatan kokurikulum dan keusahawanan yang dilaksanakan di kolej berkenaan.

 

Sehubungan itu, pembukaan Hari Terbuka Studi di KUPU SB dirasmikan hari ini oleh Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar yang berlangsung di Dewan Tarbiah KUPU SB, di sini.

 

Turut hadir ialah pegawai-pegawai utama, pensyarah dan pegawai serta kakitangan KUPU SB.

 

Adapun hari terbuka tersebut anjuran KUPU melalui Pusat Ilmu Teras, Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar selama dua hari sehinga Ahad bertempat di kampus, kolej universiti berkenaan.

 

Hari pertama, Studi di KUPU SB diserikan dengan demonstrasi aksi pemadaman api oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat serta persembahan pentas termasuk Zainul Qur'an, Tausyeh, silat dan memanah serta hadrah oleh mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB.

 

Beberapa sesi kongsi sama turut diadakan termasuk kongsisama bertajuk, 'Kepintaran kewangan kunci kekuatan kewangan yang stabil antara ciri menjadi Al-Mukmin Al-Qawiy dalam menuju wawasan 2035' yang disampaikan oleh Pengarah Yesinv Management Services Sdn. Bhd., Dayang Salwana binti Haji Salim, pengenalan mengenai Darussalam Enterprise daripada Muhd. Syu'aib Ahmad Rafie dan daripada life advisorm Goodlife Financial Planning Sdn. Bhd., Muhd. Lutfir Rahman bertajuk 'financial awareness'.

 

Antara pengisian dalam Hari Terbuka berkenaan termasuk pembarigaan dan sesi konsultasi mengenai program dan kursus akademik melalui petak-petak maklumat fakulti dan pusat, pameran-pameran kokurikulum termasuk pasukan-pasukan beruniform seperti Kadet Tentera, Polis, Bomba, Pengakap, Pandu Puteri dan Bulan Sabit Merah yang disertai mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB.

 

Selain itu, pameran kemahiran dan keusahawanan mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB yang mengikuti latihan bersama dengan Pusat Pembangunan Belia (PPB) turut ditonjolkan seperti kemahiran masakan, kemahiran pembuatan kek dan roti, kemahiran 'plumbing, vehicle repair body', jahitan dan terapi kecantikan.

 

Tambahan itu, beberapa sesi kongsisama daripada agensi-agensi luar juga diadakan. Ekspo-ekspo jualan oleh mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB serta orang-orang persendirian.

 

Turut menyertai pameran ialah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

KUPU SB menawarkan pelbagai bidang program akademik termasuk pada peringkat Program Ijazah Doktor Falsafah, Program Sarjana, Program Diploma Perguruan Ugama Lepas Ijazah, program Sarjana Muda, Program Diploma Tertinggi dan Program Diploma pengajian bidang pengkhususan yang diselaraskan oleh empat fakulti utama iaitu Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan.

 

Selain itu, penawaran program akademik turut disokong oleh enam pusat termasuk Pusat Bahasa, Pusat Ilmu Teras, Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Pusat Kajian Fiqh Al-Usrah, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath serta Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah.

 

Antara tawaran program akademik lainnya ialah penawaran kursus-kursus minor dan program berkembar bagi mahasiswa dan mahasiwi KUPU SB dalam Program Sarjana Muda.

 

Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai program dan aktiviti KUPU SB boleh diperolehi melalui lamang sesawang rasmi KUPU SB iaitu 'www.kupu-sb.edu.bn' atau Instagram rasmi KUPU SB iaitu '@official_kupusb' atau Facebook 'Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07