FacebookInstagramTwitterContact

 

Road Closure           >>           Pipes Installation Work           >>           Registration for Brunei-Cambridge Examinations for October/November           >>           Mandatory Replacement of Electricity Prepaid Meters           >>           How To Watch Boeing's 1st Starliner Astronaut Launch On May 6 Live Online           >>           Jack Dorsey Says (On X) That He’s Not On The Bluesky Board Anymore           >>           Al Jazeera Office Raided As Israel Takes Channel Off Air           >>           Bushmills: Man Nailed To Fence In 'Sinister Attack'           >>           US Campus Protests: 'Student Arrests Will Be My Final College Memory'           >>           Is Zimbabwe Zigzagging Into Further Currency Chaos?           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ambil Hikmah Peristiwa Israk Mikraj


 


 March 5th, 2023  |  13:55 PM  |   201 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pejabat Peguam Negara petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj bagi tahun 1444 Hijrah di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa.

 

Turut sama hadir Peguamcara Negara, Dayang Hajah Zuraini binti Haji Sharbawi serta pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

 

Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran, Surah Ar-Ra'd, ayat 22-24 oleh Dayangku Nurul Sakinah Adawiyah binti Pengiran Ainolazahar.

 

Sejurus itu majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian : Sembahyang Meraih Redha Allah' yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Awang Isham bin Ismail.

 

Ceramah antara lain mengupas mengenai hikmah peristiwa hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, selain menyentuh tentang kewajipan sembahyang bagi umat Islam kerana ia adalah ibadah yang pertama dihisab oleh Allah Subhanahu Wata'ala di akhirat kelak.

 

Penceramah juga turut menekankan pentingnya sebagai umat Islam untuk sentiasa mendalami dan memahami perbuatan sembahyang kerana ia ada salah satu ibadah dalam rukun Islam, selain sentiasa berusaha untuk melakukan ibadah sembahyang dengan khusyuk dan perlunya umat Islam sentiasa bersabar, berikhtiar  bertawakal dan berdoa dalam menghadapi ujian Allah Subhanahu Wata'ala.

 

Acara antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pegawai dan kakitangan di Pejabat Peguam Negara dan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

North Korean Weapons Are Killing Ukrainians. The Implications Are Far Bigger

 2024-05-05 10:30:19

Have The Wheels Come Off For Tesla?

 2024-05-04 07:51:07