FacebookInstagramTwitterContact

 

Gaza War: UN Defends Casualty Tally Amid Israeli Anger           >>           Row Over North Macedonia's Name Flares Up Again           >>           US Confirms First Aid Trucks Arrive Via Gaza Pier           >>           Mass Wedding For Nigeria Orphans Sparks Outcry           >>           'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody           >>           Weather Photography Exhibition           >>           Students Platform Idea Presentation           >>           Students Orientation           >>           Brunei Darussalam wins Best Tourist Marketing Award           >>           'The Pilgrimage: A Sacrifice'           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penswastaan, Pengkorporatan Berpotensi Tinggi Tingkatkan ‘Revenue’ Kerajaan


 


 March 6th, 2023  |  09:32 AM  |   131 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann dalam usul menjunjung kasih pada hari kedua Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi pagi tadi menjunjung kasih setinggi-tingginya atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sangat menekankan kepentingan mengambil kira cabaran untuk meningkatkan hasil kerajaan dan perbelanjaan yang memberi impak positif kepada negara dan rakyat serta tidak terlalu membebankan di pihak kerajaan.

 

Tambah Yang Berhormat, kaedah penswastaan dan pengkorporatan bagi sektor-sektor kerajaan yang berpotensi tinggi perlu dilihat sebagai strategi yang berkesan ke arah meningkatkan 'revenue' kerajaan.

 

Selain daripada itu, kaedah pelaksanaan Kerjasama Awam Swasta (PPP) perlu diteruskan secara meluas dengan menyasarkan projek-projek berskala sederhana dan besar khususnya di Daerah Belait dengan menawarkan pakej-pakej rancangan kemajuan yang mampu menarik minat para pelabur domestik dan luar negara.

 

Selain daripada itu, Yang Berhormat juga berharap agar setiap perancangan dan kemajuan yang dilaksanakan hendaklah tidak tersasar daripada konsep Melayu Islam Beraja (MIB) serta mendukung ke arah mencapai Wawasan Brunei 2035, dan paling penting lagi, ia hendaklah relevan dan mesra rakyat.

 

Yang Berhormat juga menyatakan dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menyentuh berkenaan tentang tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam memberikan pandangan serta sentiasa bersikap terbuka kepada anak buah ketika mendapatkan pendapat dan maklum balas daripada mereka masing-masing.

 

“Kaola berpandangan adalah wajar jika skop tanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat ini dapat diperluaskan terutama sekali di dalam usaha bagi menyelesaikan permasalahan rakyat," ujar Yang Berhormat lagi.

 

Yang Berhormat juga mencadangkan diwujudkan peruntukan khas kemajuan dan kesejahteraan rakyat di bawah kapasiti Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara sebagai tambahan atau alternatif bagi membiayai projek-projek dan aktiviti-aktiviti khusus yang menjuruskan kepada kesejahteraan rakyat.

 

Dalam masa yang sama, peruntukan ini juga nanti dapat disalurkan kepada pihak-pihak berkenaan seperti agensi-agensi kerajaan yang terlibat, pihak swasta dan NGOs untuk mempercepatkan perlaksanaan kemajuan atau bantuan-bantuan bagi menangani isu-isu rakyat yang mendesak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'My Ex Took My Children': Hope For Divorced Parents As Japan To Allow Joint Child Custody

 2024-05-18 04:32:54

China Pours Billions Into Crisis-Hit Property Market

 2024-05-18 00:24:55