FacebookInstagramTwitterContact

 

The DOJ makes its first known arrest for AI-generated CSAM           >>           Angel Reese Buys Stake In DC Power FC Women's Soccer Team           >>           Euro 2024: Cristiano Ronaldo In Portugal Squad, Breaks Record           >>           Australia Confirms Sam Kerr To Miss Paris Olympics           >>           Tottenham Have 'So Much Room For Improvement' - Son Heung-Min           >>           Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby           >>           Online Car Retailer Cazoo Enters Administration           >>           Why Is This Town Europe's Largest Data Centre Hub?           >>           BMW And Jaguar Used Banned China Parts - US Probe           >>           Rates Should Be Cut To 3.5% By End Of 2025, IMF Says           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Sambut Baik Komitmen Negara Mengenai Perubahan Iklim


 


 March 6th, 2023  |  09:43 AM  |   161 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pada hari kedua Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-19 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1444 Hijrah / 2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, pagi tadi, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub dalam ucapan sokongan usulannya menjunjung tinggi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia agar semua Ahli Yang Berhormat sentiasa berfikir terbuka terhadap bebas daripada sebarang pengaruh luar agar kemurnian 'Calak Brunei' tidak dicemari.

 

Sikap tegas baginda ini katanya, memberikan petunjuk jelas tentang prinsip dan hala tuju negara ke arah mewujudkan kestabilan dan memakmurkan ekonomi dengan mempertahankan nilai-nilai jati diri orang Brunei berlandaskan konsep Melayu Islam Beraja.

 

Yang Berhormat menyambut baik sepenuhnya komitmen negara ke arah perubahan iklim serta menjunjung kasih atas perkenan baginda untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai tuan rumah Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ASEAN Centre for Climate Change) yang akan menempatkan pakar-pakar di dalam dan luar negeri untuk menjalankan kegiatan penyelidikan berkaitan dengan perubahan iklim.

 

Sudah tiba masanya negara terus komited di dalam usaha-usaha melestarikan alam sekitar tidak kira sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar.

 

 Yang Berhormat optimis dengan adanya pusat ini, isu-isu dan kejadian bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh, terutama sekali di kawasan-kawasan berisiko di Daerah Tutong akan dapat dikurangkan serta ditangani dengan lebih strategik.

 

“Ini termasuk inisiatif ke arah membudayakan masyarakat agar lebih bertanggungjawab dan memperkenalkan penguatkuasaan akta-akta baru berkaitan dengan alam sekitar ke arah pelaksanaan yang lebih kondusif dan berkesan," jelasnya.

 

 Yang Berhormat turut mencadangkan agar belanjawan yang akan dibentangkan nanti dapat juga memberikan tumpuan dan sasaran kepada kemajuan di kawasan luar bandar.

 

Perkara ini tegasnya, penting agar kawasan-kawasan luar bandar tidak terpinggir dan nikmat kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lebih sempurna.

 

“Di dalam usaha memantapkan kepimpinan akar umbi, terutama sekali kepimpinan Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung, dicadangkan agar diadakan konvensyen Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) peringkat nasional dapat diungkayahkan sebagai inisiatif 'regroup' dan memantapkan kepimpinan kepada pemimpin dan keahlian baru MPMK.

 

“Dalam masa yang sama, memperkenalkan pendekatan-pendekatan terkini mengikut perubahan masa, teknologi dan persekitaran," ujarnya lagi.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Familiar Foes Meet Again As 2024 ASEAN Championship Delivers Causeway Derby

 2024-05-22 10:42:08